Posts filed under ‘JejakAzalina’

‘Pempena bakal dikenakan tindakan’

img_1493PETALING JAYA: Penilaian juruaudit bertauliah, PricewaterhouseCoopers yang dibentangkan kepada Kementerian Pelancongan hari ini menentukan tindakan bakal dikenakan terhadap Pempena Sdn Bhd (Pempena), anak syarikat milik Tourism Malaysia yang didakwa terbabit dalam projek pelaburan diragui.

Menterinya, Datuk Seri Azalina Othman Said, berkata jika penilaian membuktikan wujud unsur pecah amanah, kes itu diserahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR), manakala tindakan saman diambil jika berlaku pelanggaran perjanjian. (more…)

November 5, 2008 at 4:30 am Leave a comment

Azalina tegur masalah kebersihan di P. Pinang

mainpix

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said menegur tahap kebersihan di Pulau Pinang yang disifatkannya boleh menjejaskan potensi pelancongan yang terdapat di negeri berkenaan.

Beliau berkata, memandangkan bandar Georgetown, Pulau Pinang telah diisytiharkan sebagai salah sebuah kawasan tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), kerajaan negeri di bawah pimpinan Lim Guan Eng perlu mempertahankan status yang dimiliki itu. (more…)

November 5, 2008 at 4:29 am Leave a comment

Kerajaan Tidak Pernah Amal Sentimen Kepartian Promosi Pelancongan Negara

13a_inside4 November, Kuala Lumpur – Kementerian Pelancongan tidak pernah mengamalkan sentimen politik kepartian dalam usaha mempromosikan negara sebagai destinasi pelancongan terunggul di rantau ini, kata Menteri Pelancongan YB Dato’ Sri Azalina Othman Said.

Menjawab soalan Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, Azalina berkata acara-acara kementerian masih dijalankan di setiap negeri termasuk yang tidak ditadbir Barisan Nasional (BN). (more…)

November 5, 2008 at 1:42 am Leave a comment

Duta Dari Negara Eropah Di Rai

carcosa

4 November, Kuala Lumpur – Bertempat di Ledang Hall, Carcosa Seri Negara Menteri Pelancongan, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said telah hadir bagi meraikan Duta-Duta dari Kesatuan Eropah. Majlis yang diadakan itu bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama di samping memperkenalkan Malaysia dengan lebih dekat lagi.

Majlis yang dianjurkan oleh Tourism Malaysia dan Kementerian Pelancongan ini telah di mulai dengan memperkanalkan tempat-tempat yang menarik di Malaysia oleh En. Amirrudin Abu, Pemangku Pengarah Tourism Malaysia. (more…)

November 5, 2008 at 1:41 am Leave a comment

October 24, 2008 at 7:17 am 1 comment

Azalina antara 4 Menteri Kabinet – Penerima darjah kebesaran Pahang

KUANTAN, 24 Okt :Tahniah diucapkan kepada Menteri Pelancongan Malaysia, Dato’ Sri Azalina Othman Said atas penganugerahan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah peringkat pertama, Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran “Datuk Seri”, hari ini.

Beliau yang sebelum ini telah dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP),Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah (DGMK), Darjah Paduka Mahkota Selangor (DPMS) dan Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) adalah antara empat menteri kabinet yang menerima anugerah tersebut bersempena ulang tahun keputeraan ke-78 Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah hari Jumaat. (more…)

October 24, 2008 at 5:17 am 4 comments

Azalina lancar dua dana Shariah

Menteri Pelancongan, Dato’ Sri Azalina Othman Said telah diberi penghormatan untuk melancarkan dua dana baru yang inovatif iaitu Dana Takbir Urus Koporat Asean dan Dana Tadbir Urus Korporat Shariah Asean di hotel Shangri-La semalam.

Selain kakitangan Corston-Smith Asset Management dan para pelabur, majlis pelancaran Dana Takbir Urus Korporat Asean dan Dana Takbir Urus korporat Shariah Asean turut dimeriahkan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Encik Boyd McCleary, Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia, Dato’ Zarinah Anwar, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. (more…)

October 24, 2008 at 4:17 am Leave a comment

Azalina yakin’ The Malaysia Saving Sale Campaign’ menguntungkan

Kuala Lumpur : Menteri Pelancongan, Dato’ Sri Azalina Othman Said berpendapat program `The Malaysia Savings Sale Campaign’ yang akan diadakan selama 36 hari bermula 29 November 2008 hingga 4 Januari 2009 ini mampu menjana peningkatan yang ketara kepada pendapatan negara.

Menurut Azalina, sembilan bulan pertama pada tahun ini, Malaysia telah menerima sebanyak 16.33 juta pelancong. Dimana ia memperlihatkan peningkatan sebanyak 4.4 peratus berbanding tempuh yang sama tahun lepas dan beliau percaya jumlah tersebut akan bertambah dalam tempoh yg sama pada tahun hadapan. (more…)

October 23, 2008 at 11:06 am Leave a comment

Pelancongan konvensyen jadi sektor tarikan

22 Oktober, Kuala Lumpur – Sektor pelancongan konvensyen akan menjadi satu lagi aspek yang akan diberi tumpuan oleh Kementerian Pelancongan memandangkan ia mempunyai potensi besar dalam perkembangan industri itu di negara ini.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Malaysia mendapat semakin banyak peluang untuk menganjurkan persidangan serta konvensyen peringkat antarabangsa dan ia adalah satu peluang yang perlu diberi keutamaan.

(more…)

October 23, 2008 at 3:04 am Leave a comment

Kedatangan Pelancong Meningkat 4.4 Peratus – Azalina

22 Oktober, Kuala Lumpur – Malaysia menerima kedatangan 16.33 juta pelancong dalam masa sembilan bulan pertama tahun ini, peningkatan 4.4 peratus berbanding pada tempoh yang sama tahun lepas.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kedatangan pelancong dari 10 negara utama yang menjana pasaran pelancong ialah Singapura, Indonesia, Thailand, Brunei, China (termasuk Hong Kong dan Macau), India, Jepun, Australia, Filipina dan United Kingdom.

(more…)

October 23, 2008 at 3:02 am 2 comments

Older Posts


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

May 2024
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Pautan

Feeds