Azalina yakin’ The Malaysia Saving Sale Campaign’ menguntungkan

October 23, 2008 at 11:06 am Leave a comment

Kuala Lumpur : Menteri Pelancongan, Dato’ Sri Azalina Othman Said berpendapat program `The Malaysia Savings Sale Campaign’ yang akan diadakan selama 36 hari bermula 29 November 2008 hingga 4 Januari 2009 ini mampu menjana peningkatan yang ketara kepada pendapatan negara.

Menurut Azalina, sembilan bulan pertama pada tahun ini, Malaysia telah menerima sebanyak 16.33 juta pelancong. Dimana ia memperlihatkan peningkatan sebanyak 4.4 peratus berbanding tempuh yang sama tahun lepas dan beliau percaya jumlah tersebut akan bertambah dalam tempoh yg sama pada tahun hadapan.

Katanya, dengan adanya kempen `The Malaysia Savings Sale’ tidak mustahil ia mampu mengundang ghairah kepada para pelancong luar untuk menjadikan Malaysia sebagai syurga membeli- belah kepada mereka.

Azalina berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran kempen tersebut yang diadakan di The Gardens, Mid Valley, Bangsar, hari ini.

Tambah beliau, kedatangan pelancong dari 10 negara utama yang menjana pasaran pelancong ialah Singapura, Indonesia, Thailand, Brunei, China (termasuk Hong Kong dan Macau), India, Jepun, Australia, Filipina dan United Kingdom.

Pelancong dari Singapura yang paling ramai datang ke Malaysia kira-kira 8.12 juta orang, Indonesia (1,713,778), Thailand (1,100,507), Brunei (736, 181), China (termasuk Hong Kong dan Macau) (728,176), India (414,248), Jepun (319, 791), Australia (308,015) Filipina (287,559) dan United Kingdom (272,015).

Manakala, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diberikan penghormatan untuk melancarkan program pada hari ini, turut memuji langkah yang diambil oleh Kementerian Pelancongan bersama Tourism Malaysia kerana menganjurkan kempen tersebut.

Seperti juga Azalina, Datuk Seri Najib dalam ucapan pelancarannya juga turut melahirkan keyakinan `The Savings Sale Campaign’ mampu mencipta kejayaan yang membanggakan dan seterusnya mampu memberikan pendapatan yang baik.

‘The Malaysia Saving Sale Campaign’ telah memilih pusat membeli-belah terkenal dari beberapa buah negeri untuk tujuan program ini.Antaranya ialah Pulau Pinang pada 30 November 2008,One Borneo Kota Kinabalu pada 5 Disember 2008,dan Danga City Mall Johor pada 12 Disember 2008.

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

Pelancongan konvensyen jadi sektor tarikan Azalina lancar dua dana Shariah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

October 2008
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: