Azalina tegur masalah kebersihan di P. Pinang

November 5, 2008 at 4:29 am Leave a comment

mainpix

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said menegur tahap kebersihan di Pulau Pinang yang disifatkannya boleh menjejaskan potensi pelancongan yang terdapat di negeri berkenaan.

Beliau berkata, memandangkan bandar Georgetown, Pulau Pinang telah diisytiharkan sebagai salah sebuah kawasan tapak warisan dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), kerajaan negeri di bawah pimpinan Lim Guan Eng perlu mempertahankan status yang dimiliki itu.

”Saya tahu dia (Guan Eng) sibuk kerana terpaksa berulang-alik ke Kuala Lumpur dan Pulau Pinang kerana menghadiri sidang Parlimen, tetapi saya harap dia boleh peka terhadap isu berkenaan,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.

Tambah beliau, banyak komen serta aduan daripada pelancong diterimanya yang tidak berpuas hati mengenai tahap kebersihan Pulau Pinang.

”Paling ketara ialah kebersihan di sepanjang jalan raya yang terdapat di sekitar pulau yang perlukan banyak perubahan,” jelasnya.

Beliau seterusnya berkata, Kementerian Pelancongan tidak pernah meminggirkan Pulau Pinang di dalam peta lokasi pelancongan Malaysia walaupun negeri itu berada dalam pentadbiran pembangkang.

Katanya, semua program yang dirancang negeri itu tetap akan dilaksanakan.

”Konsep boikot tidak pernah diamalkan oleh kerajaan, malah jika sebarang bantuan yang diminta oleh kerajaan negeri Pulau Pinang, kami akan cuba salurkan.

”Bagaimanapun, bantuan yang kami berikan tidaklah berbentuk subsidi 100 peratus, sepatutnya kerajaan negeri juga harus bijak mencari dana kewangan sendiri,” ujarnya.

Selain masalah itu, beliau turut berharap agar kerajaan Pulau Pinang dan Melaka tidak terlalu ghairah melaksanakan pembangunan moden sehingga nilai tapak warisan dunia boleh terhakis.

”Keunikan bangunan-bangunan lama terdapat di sana perlu terus dipulihara di samping mengawal pembinaan bangunan baru,” ujarnya.

Pada masa yang sama, beliau berharap syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dapat menyambung kembali perkhidmatan penerbangan antarabangsa secara terus ke Pulau Pinang dan Langkawi.

”Kebanyakan pelancong lebih gemar dapat sampai ke situ secara terus tanpa perlu melalui transit di Kuala Lumpur,” katanya.

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

Kerajaan Tidak Pernah Amal Sentimen Kepartian Promosi Pelancongan Negara ‘Pempena bakal dikenakan tindakan’

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

November 2008
M T W T F S S
« Oct    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: