Azalina antara 4 Menteri Kabinet – Penerima darjah kebesaran Pahang

October 24, 2008 at 5:17 am 4 comments

KUANTAN, 24 Okt :Tahniah diucapkan kepada Menteri Pelancongan Malaysia, Dato’ Sri Azalina Othman Said atas penganugerahan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah peringkat pertama, Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran “Datuk Seri”, hari ini.

Beliau yang sebelum ini telah dianugerahkan Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP),Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah (DGMK), Darjah Paduka Mahkota Selangor (DPMS) dan Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) adalah antara empat menteri kabinet yang menerima anugerah tersebut bersempena ulang tahun keputeraan ke-78 Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah hari Jumaat.

Manakala, dua kerabat Diraja Pahang iaitu Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Fahd Mu’adzam Sultan Ahmad Shah dan Tengku Seri Nila Utama Pahang Tengku Ainon Jamil Sultan Abu Bakar yang menerima Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati (DK) II Tengku Arif Temenggong Pahang Tengku Fahd Mu’adzam Sultan Ahmad Shah dan Tengku Seri Nila Utama Pahang Tengku Ainon Jamil Sultan Abu Bakar mendahului 823 penerima anugerah kurniaan darjah dan kebesaran yang berlangsung di Istana Abu Bakar pada 9 pagi tadi.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Dr Ng Yen Yen, Menteri Belia dan Sukan Datuk Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Pengangkutan Datuk Ong Tee Keat akan menerima Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah peringkat pertama, Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran “Datuk Seri”.

Seramai 20 orang menerima darjah SSAP, sembilan penerima Darjah Sri Indera Mahkota (SIMP), 26 penerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) dan seramai 90 penerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP).

Penerima SSAP yang lain ialah Pengarah Urusan As Holdings Sdn Bhd Tengku Datuk Azman Sultan Abu Bakar, Tengku Datuk Kamarulzaman Sultan Abu Bakar, Pengerusi Kumpulan Felda Tan Sri Dr Yusoff Md Nor, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Abdul Aziz Jaafar, Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Datuk Seri Panglima Ahmad Said Hamdan, Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Datuk Abdul Munit Kasmin, Pengarah Urusan Alam Venture Sdn Bhd Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, Pengarah AIM Point Plaza Datuk Tew Kim Thim, Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Datuk Zarinah Sameehah Anwar, Ahli Lembaga Penasihat Tesco Malaysia Datuk Mohamed Abid dan Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhamad Ismail Jamaluddin.

Penerima lain bagi SSAP adalah Pengarah Eksekutif Jerasia Capital Berhad Datuk Mohd Hanif Abdul Aziz, Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia Datuk Paul Mony Samuel, Pemaju Perumahan Datuk Low Chang Hian, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM International Bhd Datuk Jamaludin Ibrahim dan Pengerusi Sumberjaya Land Sdn Bhd Datuk Nik Othman Nik Hussein.

Penerima SIMP yang membawa gelaran “Datuk” ialah Tengku Datuk Sulaiman Sultan Abu Bakar, Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Muhammad Safian Ismail, Orang Besar Berlapan Negeri Pahang Datuk Setia Wangsa Datuk Mustafar Abu Bakar, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman, Panglima Medan Tentera Darat Kem Sungai Besi Left Jen Datuk Zulkifeli Mohd Zin, Peguamcara Negara Datuk Idrus Harun, Pengarah Urusan Proton Holding Berhad Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri Zainol Othman dan Pengarah Besar Wisma Felda Datuk Ahmad Tarmizi Alias.

Penerima DSAP yang turut membawa gelaran “Datuk” ialah Mufti Pahang Datuk Abdul Rahman Osman, Pegawai Kewangan Negeri Pahang Datuk Norzan Ahmad, Datuk Setia Pahlawan Tengku Datuk Iskandar Abu Bakar Tengku Ali, Pengarah Kerja Raya Pahang Datuk Ir Rosman Yahya, Pengarah Tanah Dan Galian Pahang Datuk Abdul Kadir Awang Bakar, Pengarah Pembangunan Negeri Pahang Datuk Dzul-Kifly Osman, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Operasi) Negeri Pahang Datuk Mohamad Ridzwan Mohd Tahar, Pengarah Kesihatan Negeri Pahang Datuk Dr Rosnah Ismail.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan Datuk Azizan Ahmad, Pengarah Bahagian Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam Dr Mohd Azhar Yahaya, Timbalan Ketua Pengarah 1 Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA) Datuk Affifuddin Abdul Kadir, Panglima Markas 3 Divisyen Kem Terendak Mejar Jen Datuk Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi, Panglima No.1 Divisyen Utara Mejar Jen Datuk Roslan Saad, Asisten Ketua Staf Perancangan Pertahanan ATM Mejar Jen Datuk Ismail Ibrahim, Ketua Polis Pahang Datuk Robiah Abdul Ghani.

Pengurus Besar Bank Pertanian Malaysia Martini Osman, Pengurus Projek Ahmad Zaki Resources Berhad Datuk Wan Zakaria Wan Muda, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Cik Meme Zainal Rashid, Prof Radiologi/Pengarah Pusat Payudara, Kuliyah Perubatan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Cawangan Pahang Humairah Abdul Samad, Pengarah Pergigian ATM Mejar Jen Datuk Dr Sukri Husin, Pemegang Francais Volkswagen di Malaysia Zulkifli Ishak, Pengarah Urusan Mayangvest Construction & Development Sdn Bhd Datuk Zailan Abdul Ghapar, Timbalan Ketua Eksekutif Kumpulan Air Asia Datuk Kamarudin Meranun, Pengurus Besar Yayasan Pahang Datuk Saariah Saad, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Perolehan Kerajaan Kementerian Kewangan Fauziah Yaacob dan Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Lamien Sawiyo.

Bagi darjah DIMP yang membawa gelaran “Datuk”, antara penerimanya ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri K.Devamany, anggota Majlis kerajaan negeri Pahang Mohamad Safri Ab Aziz, Anggota Majlis kerajaan negeri Pahang Shafik Fauzan Sharif, Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang kawasan Ketari Dr Ng Keong Chye, ADUN Semambu Pang Tsu Ming, ADUN Chini Abu Bakar Harun, Ahli Dewan Negara Senator Ir Hiang A Li dan anggota Parlimen Muar Razali Ibrahim.

Sementara itu seramai 26 orang akan menerima Darjah Setia Ahmad Shah (SAP), 65 penerima Darjah Setia Mahkota Pahang (SMP), 79 penerima Darjah Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) dan 129 penerima Darjah Ahli Mahkota Pahang (AMP).

Sementara itu seramai 100 penerima bagi Pingat Khidmat Cemerlang (PKC), 111 menerima Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) dan 361 menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK).

About these ads

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

Azalina lancar dua dana Shariah

4 Comments Add your own

  • 1. JNWC  |  October 26, 2008 at 1:40 pm

    20 recipients for Dato’ Sri award and 125 recipients for three different types of Dato’ awards, so all in there are 145 recipients! Just cannot believe it!

    Reply
  • 2. JNWC  |  October 26, 2008 at 1:47 pm

    Sincere congratulation to YB. Dato’ Sri Azarlina for being conferred SSAP award by DYMM. Sultan Ahmad Shah in conjunction of HRH. Birthday on 24 Oct. 2008.

    If YB. could, please try to monitor average rates for star rated hotels in KL. Their rates are too expensive!

    Reply
  • 3. peter kåwe  |  October 30, 2008 at 5:24 pm

    I have complaint about the headoffice of tourism in Malaysia. In last year february, I asked about visiting perhentian Islands and the other big one nearby. They tried to talk me in to buying the trip from this office in KL. (headoffice)

    I did not, thinking it would be better to buy nearby. When I got to terenganu, they said it was forbidden even to leave the mainland for the islands. And the rather heavy guy at the headoffice had been trying to sell me a package. I am so mad at this behavior, I want him fired straight away.

    Reply
  • 4. Sky Leong  |  November 4, 2008 at 7:05 pm

    YB Dato, saya amat gembira terhadap keindahan negara kami yg mempunyai “resources” baik daripada alam semula jadi ataupun “cultures” daripada pelbagai kaum..ini semuanya kekayaan negara…berhubung dgn perkara ini,saya mencadangkan bahawa website tourism malaysia dapat translate kepada bahasa cina agar menarik perhatian pelancong-pelancong China,Hong Kong, Taiwan dan lain-lain yg menggunakan bahasa cina sebagai bahasa utama mereka..Ia akan membawa kesan yg positif kpd pelancongan negara kita.Terima Kasih.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

October 2008
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Pautan

Feeds


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: