Pelancongan konvensyen jadi sektor tarikan

October 23, 2008 at 3:04 am Leave a comment

22 Oktober, Kuala Lumpur – Sektor pelancongan konvensyen akan menjadi satu lagi aspek yang akan diberi tumpuan oleh Kementerian Pelancongan memandangkan ia mempunyai potensi besar dalam perkembangan industri itu di negara ini.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Malaysia mendapat semakin banyak peluang untuk menganjurkan persidangan serta konvensyen peringkat antarabangsa dan ia adalah satu peluang yang perlu diberi keutamaan.

“Kita sudah mendapat tawaran kerjasama dengan AirAsia untuk mempertingkatkan pakej dalam perniagaan pelancongan konvensyen ini.

“Ini tawaran yang cukup baik kerana kita mahu menuju ke arah mewujudkan pakej pelancongan sedemikian pula selepas ini,” katanya pada sidang akhbar disini kelmarin.

Azalina berkata, ramai peserta persidangan dan konvensyen luar negara terus pulang selepas tamat acara yang dianjurkan di Malaysia tanpa berpeluang melihat sendiri keindahan negara ini.

“Rugi sebab mereka terus pulang selepas menyertai acara. Jadi, kita mahu lebih banyak pakej percutian ‘sebelum dan selepas’ persidangan diwujudkan untuk pada peserta ini kerana ia sangat kurang,” katanya.

Dalam pada itu, Azalina berkata, kementerian juga akan mewujudkan program subsidi latihan bahasa kepada pemandu pelancong tempatan.

Katanya, ia diwujudkan kerana kementerian menerima banyak komen daripada pelancong luar mengenai pemandu pelancong tempatan yang sukar berkomunikasi apabila tidak mempunyai kemahiran bahasa ketiga.

“Kita sedar mengenai isu bahasa ini dan antara langkah kita adalah membantu pemandu pelancong yang mungkin tidak mempunyai bajet untuk meyertai kursus bahasa ketiga.

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: , , , , , , .

Kedatangan Pelancong Meningkat 4.4 Peratus – Azalina Azalina yakin’ The Malaysia Saving Sale Campaign’ menguntungkan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

October 2008
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: