Kedatangan Pelancong Meningkat 4.4 Peratus – Azalina

October 23, 2008 at 3:02 am 2 comments

22 Oktober, Kuala Lumpur – Malaysia menerima kedatangan 16.33 juta pelancong dalam masa sembilan bulan pertama tahun ini, peningkatan 4.4 peratus berbanding pada tempoh yang sama tahun lepas.

Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said berkata kedatangan pelancong dari 10 negara utama yang menjana pasaran pelancong ialah Singapura, Indonesia, Thailand, Brunei, China (termasuk Hong Kong dan Macau), India, Jepun, Australia, Filipina dan United Kingdom.


Pelancong dari Singapura yang paling ramai datang ke Malaysia kira-kira 8.12 juta orang, Indonesia (1,713,778), Thailand (1,100,507), Brunei (736, 181), China (termasuk Hong Kong dan Macau) (728,176), India (414,248), Jepun (319, 791), Australia (308,015) Filipina (287,559) dan United Kingdom (272,015).

Bagaimanapun, Azalina berkata kedatangan pelancong ke Malaysia pada bulan lepas ialah 1,599,418 orang, penurunan 0.1 peratus berbanding dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Beliau berkata Singapura kekal sebagai pasaran pelancong utama Malaysia untuk bulan lepas dengan kira-kira 839, 444 pelancong dari republik itu ke negara ini.

Negara lain dalam senarai 10 teratas untuk bulan lepas ialah Indonesia (279, 668), Thailand (93,291), Brunei (91,315), China (termasuk Hong Kong dan Macau) 68,540, Australia (37,780), India (37,237), Jepun (35,978), Filipina (31,572) dan United Kingdom 29,100.

Menteri itu berkata dalam aspek peratus pertumbuhan, pelancong dari Kanada merupakan pertumbuhan terbaik dengan pertumbuhan 134.4 peratus diikuti oleh Belanda (107.1 peratus) untuk sembilan bulan pertama tahun ini.

Pasaran lain yang mencatatkan pertumbuhan berganda ialah Kemboja (87.6 peratus), Rusia (78.2 peratus), Filipina (48 peratus), New Zealand (44.9 peratus), Indonesia (44.7 peratus), Perancis (40.8 peratus), Jerman (39.5 peratus), Australia (39.4 peratus), United Kingdom (34.7 peratus), Switzerland (32.2 peratus), Korea Selatan (30.6 peratus), Itali (24.9 peratus), India (23.2 peratus), Amerika Syarikat (17.8 peratus) dan Vietnam 11.3 peratus.

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: , , .

Komunikasi pincang – Azalina Pelancongan konvensyen jadi sektor tarikan

2 Comments Add your own

  • 1. Syuriamaya Abdul Shukor  |  October 23, 2008 at 4:04 am

    I would like to do business in South Korea to promote Malaysia culture tourism through Malaysia concept restaurant and provide HALAL for everybody in South Korea.How to make this dream come true?

    Reply
  • 2. malhandsome  |  November 8, 2008 at 10:08 am

    AWEK SBLH KANAN DATO (BKN KT) DR SOUTH AFRICA MANAKALA KIRI PLK GREAT BRITAIN. SY SMPT BORAK DGN MRK NAMUN X DAN NGORAT! HEHE…

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

October 2008
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: