Usaha Berterusan Azalina Mempromosikan Pelancongan Ibadah Mendapat Pujian

September 26, 2008 at 7:49 am 2 comments

26 September, Parit Sulong – Bertempat di Dewan orang ramai Parit Sulong, Zoom Ramadhan sekali lagi menempa nama sebagai salah satu dari produk pelancongan ibadah apabila dirasmikan dengan jayanya oleh Menteri Pelancongan, Yb Dato’ Sri Azalina Othman Said semalam.

Majlis yang diadakan pada petang adalah merupakan anjuran Majlis Tindakan Pelancongan, Johor dengan kerjasama dari Kementerian Pelancongan dan Tourism Malaysia. Majlis pada petang itu telah di hadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah (Promosi) Tourism Malaysia dan Pengerusi JK Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri Johor, YB Datuk Hj Ahmad Zahri Jamil yang juga merupakan ADUN Sri Medan.

Kira-kira 300 orang hadirin yang terdiri daripada pelbagai kaum dan lapisan masyarakat telah hadir pada majlis perasmian yang diadakan itu.

Ketika menyampaikan ucapan perasmiannya, Azalina melahirkan kepercayaan dengan program Zoom Ramadhan ini, ia secara tidak langsung dapat mengalakkan semangat persaudaraan di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini serta mengalakkan intergrasi nasional.

“Saya percaya masyarakat tempatan berpeluang untuk bersama-sama pelancong asing mengalami serta menikmati keunikkan budaya masyarakat Malaysia, di samping dapat memahami nilai-nilai toleransi beragama masyarakat Islam yang sebenar.

“Inilah sebenarnya keunikkan atau khazanah negara yang perlu kita sama-sama berusaha mengekalkannya dan mempertingkatkannya kerana ia tidak boleh di perolehi di lain-lain negara di dunia ini” katanya.

Zainal Abidin Rosol, 45 ketika di temui melahirkan rasa kagumnya dengan kesungguhan dan komitmen yang telah diberikan oleh Azalina yang dilihat begitu bersungguh-sungguh menjalankan tanggungjawabnya sebagai Menteri Pelancongan.

“Azalina (Dato’ Sri) begitu komited dengan tugasnya dalam mempromosikan produk pelancongan Malaysia. Pelancongan ibadah adalah salah satu dari produk pelancongan yang kurang diberi perhatian sebelum ini.

“Pendekatan Azalina yang secara berterusan ini, seharusnya menjadi titik mula bagi kerajaan negeri untuk mengetengahkan ibadah sebagai salah satu dari produk pelancongan” katanya.

 

Entry filed under: JejakAzalina.

Pengusaha Pelancongan Perlu Saling Membantu Dan Bukannya Bersaing – Azalina Kemasukan pelancong asing tidak terjejas – Azalina

2 Comments Add your own

  • 1. Susan Tammany  |  September 28, 2008 at 5:59 am

    Are you the outfit that has a banner ad that interferes with my emails by opening up instead of the email? If so this is REALLY BAD advertising. If you are doing this, STOP it or I shall report you and needless to say, not visit Malaysia.

    Reply
  • 2. Susan Tammany  |  September 28, 2008 at 6:02 am

    Are you the outfit that has a spammy banner ad that interferes with my emails. When I open an email, the ad opens instead. It is very annoying and VERY BAD ADVERTISING. If you do not correct this, I will have to report you and needless to say, will not visit Malaysia.

    Reply

Leave a reply to Susan Tammany Cancel reply

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

September 2008
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Pautan

Feeds