Pengusaha Pelancongan Perlu Saling Membantu Dan Bukannya Bersaing – Azalina

September 26, 2008 at 7:35 am Leave a comment

KUALA LUMPUR, 25 Sept : Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said mahu pengusaha industri pelancongan saling membantu antara satu sama lain dan bukannya bersaing sesama mereka dalam menjual pelbagai produk pelancongan.

Beliau berkata dengan menjadi rakan kongsi, seperti yang ditekankan kementeriannya, mereka boleh mengelak perkara seperti kanabalisme barangan.

“Ini bermakna, kita perlu menukar cara fikir kita dan cara kita memasar dan menjenamakan Malaysia,” katanya dalam ucaptama pada forum pelancongan bertajuk “Pelancongan di Malaysia-Evolusi dan Implikasi Dinamika Pelancongan,” di sini hari ini.

Azalina berkata ketika dunia sedang berdepan masalah kenaikan harga minyak, inflasi, kenaikan kos operasi dan sara hidup, sektor perjalanan dan pelancongan secara tidak langsung turut terjejas, dengan sesetengah segmen lebih teruk terkena daripada yang lain.

Beliau berkata demi kelangsungan persaingan, ia memerlukan satu pelan tindakan yang mapan dalam pelbagai segmen pelancongan dan pasaran sasaran.

“Sebagai contoh, perjalanan korporat mungkin menyaksikan kelembapan ekoran pihak korporat mengecilkan perbelanjaan terutama di pasaran seperti di Amerika Syarikat dan Eropah.

“Oleh itu adalah bijak sekiranya kita menumpukan usaha pada pasaran yang kurang terjejas seperti India, China dan Timur Tengah,” katanya.

Azalina berkata Malaysia menerima kunjungan kira-kira 14.7 juta pelancong bulan lepas dan kementerian bersama Pelancongan Malaysia sedang berusaha kuat untuk mencapai sasaran 22.5 juta pelancong menjelang akhir tahun ini.

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

Daftar Inap Desa di Laman Web – Azalina Usaha Berterusan Azalina Mempromosikan Pelancongan Ibadah Mendapat Pujian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

September 2008
M T W T F S S
« Aug   Oct »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: