Kemasukan pelancong asing tidak terjejas – Azalina

September 28, 2008 at 9:20 am 1 comment

KOTA TINGGI 27 Sept. – Tindakan media asing yang sering memaparkan laporan negatif mengenai keadaan politik di Malaysia akhir-akhir ini tidak memberikan kesan terhadap trend kemasukan pelancong asing ke negara ini, kata Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said.

Katanya berdasarkan statistik kementerian, dari Januari hingga Ogos tahun ini bilangan pelancong asing yang melawat Malaysia serta jumlah perbelanjaan mereka adalah stabil dan tidak menunjukkan sebarang penurunan.

“Secara kesimpulannya, kedatangan pelancong ke Malaysia adalah seperti biasa. Di antara Januari hingga Ogos tahun ini, kita menerima kemasukan seramai 14.7 juta pelancong, suatu jumlah yang sama seperti tahun lepas iaitu Tahun Melawat Malaysia.

“Pelancong-pelancong yang memasuki negara ini secara puratanya membelanjakan sebanyak RM2,700, iaitu peningkatan sebanyak 3.8 peratus berbanding tahun lepas,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada golongan fakir miskin di kawasan Parlimen Pengerang di sini malam tadi.

Azalina yang merupakan anggota Parlimen Pengerang berkata, statistik mengenai trend kemasukan dan perbelanjaan pelancong asing itu menjadi kayu pengukur terhadap perkembangan sektor pelancongan Malaysia.

Beliau bagaimanapun berkata, kementerian tidak mahu melihat industri pelancongan dalam negara menjadi mangsa kepada situasi politik yang merupakan suatu situasi persepsi.

“Jikalau parti-parti pembangkang terus bertindak dengan memburuk-burukkan negara, kita khuatir ia akan memberikan kesan,” katanya.

Katanya kementerian akan terus memberi penekanan terhadap industri pelancongan tempatan secara agresif supaya rakyat meletakkan keutamaan kepada percutian dalam negara dan sekaligus membantu menjana ekonomi dalam negeri.

Dengan itu, katanya program Zoom! kementerian itu akan diperluaskan ke seluruh negara, meliputi pelbagai produk dan destinasi dalam negeri yang lain yang mampu menggamit kedatangan pelancong.

Kementerian juga akan terus melaksanakan program pelancongan di negeri-negeri yang dikuasai parti pembangkang, katanya.

 

 

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: , , , , , , , .

Usaha Berterusan Azalina Mempromosikan Pelancongan Ibadah Mendapat Pujian Zoom! Jualan Hari Raya Waktu Tengah Malam Di Johor Baharu Berjaya

1 Comment Add your own

  • 1. Swarn  |  October 14, 2008 at 7:37 am

    Madam, You are very entuastic women. I can say you just like beauty intoxicated with one women.

    Swarn
    India
    919826600315

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

September 2008
M T W T F S S
« Aug   Oct »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: