Pelancaran Citrawarna Berjaya Tarik Perhatian Negara Luar

May 26, 2008 at 6:49 am 1 comment

Sambutan Pelancaran Program Citrawarna ke 10 yang diadakan di Putaraja sabtu lalu telah dilangsungkan dengan begitu meriah dan penuh gilang-gemilang di mana ianya turut menyaksikan pelbagai aspek budaya, etnik dan tradisi masyarakat majmuk Negara.

Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang mewakili Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, melancarkan program Citrawarna Malaysia yang mencipta sejarahnya tersendiri setelah mendapat liputan langsung daripada sepuluh buah Negara lain.

Baginda Sultan Kedah tiba di Dataran Perdana, di hadapan Istana Keadilan disini pada 10 malam dalam kenderaan berkuda dan disambut oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak dan Menteri Pelancongan Dato’ Sri Azalina Othman Said.

Tuanku sultan merasmikan acara tersebut yang juga di kenali dengan Warna-Warna Malaysia, bagi siri ke 10 itu dengan membacakan satu deklarasi.

Sebaik sahaja deklarasi tersebut dibacakan, percikan bunga api mewarnai langit Putrajaya. Maka bermulalah persembahan tarian dan muzik yang mempamirkan kekayaan flora dan fauna yang dimiliki di Negara ini, sesuai dengan tema perayaan kali ini Keindahan Flora dan Fauna Malaysia.

Tarian kuda kepang menyunsulk kemudiannya yang sebelum artis Reshmonu menamatkan segmen klasik menerusi lagu `Hijau’ yang liriknya memperkatakan tentang keindahan alam semula jadi Malaysia.
Persembahan diteruskan dengan tarian buluh dari Sabah dan tarian harmoni `Tiga Kua’ dari Serawak.

Tidak ketinggalan turut dipersembahkan tarian Masyarakat Malaysia yang lain yang terdiri daripada kaum cina, India, Punjabi dan siam yang mempersonakan 50,000 hadirin.

Persembahan selama 90 minit itu diambil bahagian oleh kira-kira 1,500 peserta dan disiarkan secara langsung di 10 buah Negara lain iaitu Australia, China, Hong Kong, Indonesia, Jepun, Macau, New Zealand, Filipina, Singapura, dan Taiwan serta Malaysia sendiri.

Timbalan Perdana Menteri yang diiringi Menteri Pelancongan Malaysia, Dato’ Sri Azalina Othman Said turut melepaskan konvoi Citrawarna yang disertakan 10 buah kereta Nasional yang merupakan sebahagian daripada 250 buah kereta yang akan terlibat dalam kempen mempromosikan Citrawarna di negeri lain.   

 

 

 

 

 

 

Entry filed under: JejakAzalina.

Perasmian Commonwealth Conference On Sport Tourism Isu Pelancongan : Azalina Selar Sikap Pembangkang

1 Comment Add your own

  • 1. Behonce Beh  |  August 25, 2008 at 7:15 am

    Hello. I am a Malaysian college student who is currently pursuing a degree in Public Relations.

    I would like to ask about the recent Citrawarna launch in May. As I have read, the show was broadcast to 10 different nations. Why was it broadcast to various nations across the globe? I would like to know of their response, on how did they favour the show and how does the show help to promote Malaysia. Was the ten nations chosen to broadcast the show potential clients or tourist to Malaysia. Who was the target audience of the show? What makes this year’s Citrawarna different from previous Citrawarna’s?

    Would it be appropriate to call it a public relations campaign to project an image of Malaysia to the world?

    Was the show trying to change the perception of how foreigners view Malaysia or was it to build good will? Would the show help boost Malaysian tourism industry?

    I do hope I receive a reply as it would kindly help me with my understanding of the course. Thank you.

    Reply

Leave a comment

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

May 2008
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  

Pautan

Feeds