Isu Pelancongan : Azalina Selar Sikap Pembangkang

June 12, 2008 at 7:26 am Leave a comment

Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said berkata exco-exco pelancongan dari negeri-negeri yang ditadbir oleh kerajaan pembangkang perlu ikhlas jika ingin bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam menjayakan program dan aktiviti pelancongan di negeri masing-masing.

“Bila berjumpa dengan saya dan Pengerusi MTPN (Majlis Tindakan Pelancongan Negeri) semuanya okey berjalan seperti biasa; tapi bila dalam dewan (negeri) cuba berkata-kata yang tidak benar dan tidak patut,” ujar beliau ketika mengadakan siri lawatan ke Selangor yang bermula di Batu Caves dan berakhir di Pulau Ketam, baru-baru ini.

Jika para exco pelancongan mahukan kerjasama dari kerajaan Persekutuan mereka juga perlu menunjukkan tindakan mereka dalam kerjasama itu bukannya membuat provokasi yang bukan-bukan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau mengulas kenyataan anggota Exco Pelancongan Selangor Elizabeth Wong di Sidang Dewan Undangan Negeri yang berakhir Isnin lepas yang kerajaan BN mengamalkan diskriminasi dalam pelaksanaan aktiviti dan program pelancongan di negeri Selangor.

“Saya ingin memaklumkan kenyataan itu tidak benar. Saya baru-baru ini di Arab Travel Mart, di Dubai. Yang Berhormat Elizabeth Wong telah hadir bersama anggota Exco Danny Low dari Pulau Pinang dan anggota Exco Pelancongan dari Kedah (Mohammad Radzhi Salleh), kita sama-sama bertemu dan berbincang.”

Azalina berkata program-program dan aktiviti-aktiviti pelancongan di Selangor dan negeri yang diperintah pembangkang berjalan seperti biasa di bawah seliaan MTPN hanya pengurusan kewangan diletakkan di bawah Ketua Setiausaha Kementerian dan bukannya pada Pegawai Kewangan Negeri seperti sebelumnya.

“Yang penting saya perlu tekankan di sini kehadiran pelancong adalah satu keutamaaan bagi kementerian sama ada pelacong tersebut di negeri pembangkang atau kerajaan Barisan Nasional yang penting kehadiran pelancong akan memberi keutuhan ekonomi kepada negara kita.

Adalah tidak munasabah jika kementerian tidak mahu menggalakkan kehadiran pelancong di negeri-negeri yang dipimpin oleh pembangkang kerana kalau kerajaan Persekutuan melakukan sedemikian maka negara akan rugi,” katanya lagi.

Itulah sebabnya Azalina telah melakukan lawatan rasmi ke Pulau Pinang, Langkawi dan Selangor untuk membuktikan kesahihan program-program serta aktiviti pelancongan berjalan seperti yang dirancangkan.

 

 

 

   

 

 

 

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

Pelancaran Citrawarna Berjaya Tarik Perhatian Negara Luar Lawatan ke Pahang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

June 2008
M T W T F S S
« May   Jul »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: