Zoom Ramadhan Parit Sulong

DERAF TEKS UCAPAN

YB DATO’ SRI AZALINA DATO’ OTHMAN SAID

MENTERI PELANCONGAN MALAYSIA

SEMPENA

MAJLIS PELANCARAN RASMI ZOOM RAMADAN

 

PARIT SULONG, JOHOR

25 SEPTEMBER 2008, JAM 5 PETANG

 

 

 

 

(Salutasi-check VIPs present)

 

1.                 YB DATUK HJ.AHMAD ZAHARI JAMIL

EXCO Kerajaan dan Ketua UMNO Bahagian Pt. Sulong

          

2.               Yg BHG DATO` RAZALI HJ DAUD

Pemangku Ketua Pengarah, Tourism Malaysia

 

Pengusaha-pengusaha Pelancongan,

Wakil-wakil Media,

Tuan-tuan dan Puan-puan yg dihormati sekalian,

 

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh, Salam Sejahtera dan Selamat Petang.

 

1.      Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan kesyukuran kehadrat Illahi kerana kita dapat bersama-sama meraikan Majlis Pelancaran Zoom Ramadan 2008 pada petang yang sungguh mulia  ini. Bulan Ramadan, bulan yang  mulia, penuh dengan keberkatan.

 

 

2.    Bagi pihak Kementerian Pelancongan Malaysia dan Tourism Malaysia, sukacita juga saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB DATUK HJ.AHMAD ZAHARI JAMIL EXCO Kerajaan dan Ketua UMNO Bahagian Pt. Sulong atas semangat kerjasama yang telah diberikan dalam menjayakan Majlis petang ini.

 

3.               Terima kasih juga kepada para tetamu kerana telah sudi meluangkan masa untuk menghadiri majlis ini. Kehadiran tuan-tuan dan puan-puan pada hari ini telah menyuntik semangat kami untuk terus melaksanakan aktiviti ke arah meningkatkan lagi kemajuan industri pelancongan negara.

 

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

 

4.               Kementerian Pelancongan dan Tourism Malaysia memang sentiasa berusaha untuk menonjolkan keunikan dan kepelbagaian mengenai Malaysia yang boleh dijadikan sebagai daya tarikan kepada pelancong asing.

 

 

 

5.    Justeri itu, Zoom Ramadan Parit Sulong ini merupakan satu produk pelancongan yang amat unik, kerana aktiviti dan suasana kemeriahan bulan ramadan di Malaysia dan di Parit Sulong khususnya sedikit berbeza dengan negara-negara lain.

 

6.   Selain itu, Zoom Ramadan Parit Sulong juga merupakan kesinambungan kepada promosi Zoom! Malaysia di mana acara ia memfokuskan kepada elemen Bulan Ramadan sebagai sebahagian daripada produk pelancongan ibadah.

 

7.    Saya percaya, dengan adanya acara seperti ini, ia juga dapat membantu mempromosi kawasan Parit Sulong serta kawasan di persekitarannya sebagai destinasi pelancongan yang terkenal di Malaysia. Selain itu, ia juga dapat menggalakkan agensi-agensi pelancongan tempatan untuk membangunkan pakej-pakej pelancongan yang bersesuaian dengan kehendak warga Malaysia.

 

 

 

8.   Acara Zoom Ramadan ini juga akan dapat menggalakkan semangat persaudaraan di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini serta menggalakkan integrasi nasional.

 

9.   Saya percaya bagi masyarakat tempatan, berpeluang untuk sama-sama pelancong asing mengalami serta menikmati keunikan budaya masyarakat Malaysia, di samping dapat memahami nilai-nilai toleransi beragama masyarakat Islam yang sebenar

 

10.                      Inilah sebenarnya keunikan atau khazanah negara yang perlu kita sama-sama berusaha mengekalkannya dan mempertingkatkannya kerana ia tidak boleh diperolehi di lain-lain negara di dunia ini.

 

11.Oleh yang demikian, saya amat berharap dan menyeru kepada semua lapisan masyarakat di Malaysia supaya menghargai, memelihara dan mengekalkan kestabilan ini.

 

Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

 

12.                       Saya menyeru juga kepada jawatankuasa kampung dan jawatankuasa perumahan supaya menggalakkan para penduduk mengambil kesempatan di bulan yang mulia ini untuk menambah pendapatan dengan menyertai Zoom Ramadan ini.

 

13.                       Selain itu, saya ingin menyeru kepada semua pengusaha pelancongan untuk bersama-sama mempromosi kawasan Parit Sulong sebagai salah satu destinasi pelancongan popular di negara ini.

 

14.                       Agensi-agensi pelancongan  seharusnya mengambil kesempatan ini untuk mengaturkan pakej membawa para pelancong untuk bersama-sama merasai dan mengalami suasana kemeriahan acara Zoom Ramadan.

 

15.                       Ini adalah kerana para pelancong asing yang beragama Islam terutamanya dari negara jiran boleh mengambil peluang untuk bercuti sambil menjalani ibadah puasa di Malaysia.

16.                       Saya percaya juga jika dipromosikan dengan bersungguh-sungguh, Zoom Ramadan dan seterusnya sambutan Aildilfitri mampu membangun sebagai produk pelancongan ibadah yang unik dan menarik.

 

17.                       Sebelum saya mengakhiri ucapan, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung di atas sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan di dalam menjayakan majlis pada petang ini yang berbahagia ini.

 

Tuan-Tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalain;

 

Saya berharap kerjasama dan sumbangan seumpama ini akan dapat diteruskan lagi di masa hadapan.

 

Pakai jubah jangan yang ketat,

Dipandang-pandang orang xlarat,

Zoom! Ibadah memohon berkat,

Agar berhasil dunia akhirat.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya dengan rasminya melancarkan Zoom Ramadan 2008.

 

Sekian,

        Terima Kasih’ dan ‘Selamat Berbuka Berpuasa.


%d bloggers like this: