PERASMIAN PENUBUHAN PERSATUAN HOMESTAY NEGERI KELANTAN

TEKS UCAPAN

YB. DATO’ SRI AZALINA DATO’ OTHMAN SAID

MENTERI PELANCONGAN MALAYSIA

SEMPENA PERASMIAN PENUBUHAN PERSATUAN HOMESTAY

NEGERI KELANTAN

 19HB SEPTEMBER 2008

 

 

(SALUTASI–Check VIPs present)

 

 Saudara Pengerusi Majlis…

 

1.     YBhg. Datuk Haji Abd Ghaffar  A. Tambi

          Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan)

          Kementerian Pelancongan Malaysia

 

2.   YBhg. Dato’ Razali bin Hj. Mohd Daud

          Pemangku Ketua Pengarah

          Tourism Malaysia

         

3.   YBhg. Datuk Kamaruddin b. Mohd Noor

          Ketua Bahagian, UMNO Pasir Puteh

 

4.   YB Tuan Hj. Ab. Aziz Derashid

Pengerusi,

Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan,

          Serta Ahli-Ahli Majlis

 

5.    Tuan Hj. Sulaiman bin Ismail

          Pengurus Besar

          Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan

 

6.   Encik Mohd Nasir bin Mustapha

          Pengerusi

          Persatuan Homestay Kelantan dan Ahli Jawatankuasa

 

Warga-warga Kampung Pasir Puteh

Pemaju-Pemaju Industri Pelancongan Kelantan

Wakil-wakil media

Tuan-tuan dan puan-puan,

 

Assalamualaikum Warahmatullah Hi Wabarakatuh

 •        Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan dan Tourism Malaysia Kelantan yang telah berjaya mengaturkan satu Majlis Perasmian Persatuan Homestay Kelantan.  Saya juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pemaju-Pemaju Industri Pelancongan Kelantan, Ahli-Ahli Homestay Kelantan, Pemimpin-Pemimpin Tempatan, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dapat hadir pada petang ini.

 

•        Sesungguhnya saya ingin menyatakan bahawa Kementerian Pelancongan Malaysia amat bersungguh-sungguh serta yakin untuk membangun dan memajukan Industri Pelancongan Negara kita Malaysia.  Kita semua tahu bahawa Tahun Melawat Malaysia 2007 telah berjaya dan melepasi sasaran yang ditetapkan.  Sudah tentu pada tahun ini 2008 lonjakan atau momentum kepada kejayaan tahun 2007 akan dirasai serta menambahkan lagi peratusan kejayaan dalam Industri Pelancongan ini.

•        Kementerian Pelancongan Malaysia sahaja tidak berupaya dan tidak mampu untuk memajukan Pelancongan Negara. Pembangunan Pelancongan perlulah didokong oleh semua Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan, Pihak Berkuasa Tempatan, Swasta dan NGO serta seluruh rakyat dalam Negara kita ini.

•        Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan merupakan dua badan yang amat penting dalam Pembangunan Industri Pelancongan, maka boleh dikatakan semua Produk Pelancongan adalah dimiliki oleh Kerajaan Negeri atau Pihak Berkuasa Tempatan.  Maka dengan itu Kementerian Pelancongan Malaysia tealah akan terus membantu dalam promosi dan kerja meningkatkan Nilai atau Mutu produk Pelancongan ini.

•        Saya difahamkan bahawa Negeri Kelantan ini amat terkenal kepada Pelancong Domestik dengan Produk-Produk utamanya seperti:

1.                  Kepelbagaian Makanan Tempatan yang murah dan enak.

2.                Kebudayaannya

3.                Tempat-tempat Membeli Belah seperti di Kota Bharu, Rantau Panjang dan juga Pengkalan Kubor.

berserta

4.       Keindahan Alam Semulajadi

•        Oleh sebab itu kesemua Produk-produk ini dan juga Produk-Produk lain perlulah dipakej dan dipersembahkan dalam bentuk yang sesuai untuk dijual kepada Pelancong sama ada Domestik atau Antarabangsa.

  •       Bagi Kementerian Pelancongan Malaysia, seharusnya memberi tumpuan kepada Produk Pelancongan Homestay atau Inap Desa dan Pelancongan Alam Semulajadi atau Eco Tourism.  Ini kerana pihak Kementerian begitu yakin dan percaya bahawa kedua-dua produk ini akan dapat menarik ramai Pelancong Tempatan dan Antarabanga. 

Ini kerana kedua-dua produk ini amat diutamakan kerana ianya boleh memberikan pendapatan sampingan kepada Penduduk Kampung.  Usaha Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Kelantan dan Kementerian Pelancongan Malaysia telah memajukan 15 Homestay di Kelantan dengan sejumlah 387 rumah/keluarga menjadi Ahli.

•        Pada hari ini Homestay Negeri Kelantan telah menubuhkan dengan rasminya Persatuan Homestay yang akan bernaung di bawah Persatuan Homestay Kebangsaan dan Kementerian Pelancongan Malaysia. Oleh yang demikian  saya amat berharap agar Persatuan Homestay ini akan dapat memainkan peranan utama dalam memajukan Industri Homestay di negeri Kelantan. 

Saya juga telah difahamkan bahawa semua Pengerusi Penyelaras Homestay secara automatik akan menjadi Ahli Jawatankuasa Homestay Kelantan.  Ini bermakna setiap apa yang diputuskan oleh Persatuan samada ianya merupakan program pembangunan, acara atau promosi sepatutnya merupakan keputusan bersama-sama Homestay di Kelantan.  Saya ingin menyarankan kepada Pengerusi dan semua ahli jawatankuasa Persatuan Homestay supaya memberi tumpuan kepada 3 perkara utama, iaitu :

          Pertama

 

Kebersihan dan keindahan kampung supaya ianya menjadi daya tarikan utama kepada pelancong dan pelanggan.

          Kedua

 

Memperbanyakan acara-acara yang unik di kampung Homestay    masing-masing untuk dinikmati oleh pelancong.

 

         

Ketiga

 

Tingkatkan usaha-usaha promosi untuk memperkenalkan    Homestay di Kelantan.

 

Bagi pihak Kementerian Pelancongan Malaysia saya bersedia         untuk membantu dalam ketiga-tiga perkara di atas demi untuk      Pembangunan Industri Pelancongan khususnya Homestay.

 

Makan nasik bercicah budu,

Bergaul tangan tidak bersudu,

Padan benar  kita berpadu,

Maju Homestay Molek selalu.

 

 

Dengan lafaz Bismillahirahman Nil Rahim, saya dengan ini merasmikan Penubuhan Persatuan Homestay Negeri Kelantan.

 

          Sekian, terima kasih


%d bloggers like this: