Kempen Pengiklanan Zoom di LRT dan Bas

TALKING POINTS

YB DATO’ SRI AZALINA DATO’ OTHMAN SAID

 

MAJLIS PELANCARAN KEMPEN PENGIKLANAN ZOOM! MALAYSIA

DI LRT DAN BAS

 

29 SEPT 2008, 9.30 – 11.15 PAGI

 

 

ACARA:

      Majlis Pelancaran Kempen Pengiklanan Zoom! Malaysia di LRT dan Bas

 

TUJUAN:

      Untuk menggiatkan lagi promosi pelancongan domestik – Zoom! Malaysia.

 

TEMPOH:

      Kempen pengiklanan luaran (outdoor advertising) tersebut akan dijalankan selama enam bulan dari Oktober 2008 hingga Mac 2009. 

 

CARA KEMPEN PENGIKLANAN DIKENDALIKAN :

      Menggunakan teknik pengiklanan ‘body wrapping’,

      Kempen pengiklanan tersebut melibatkan pengangkutan awam termasuk teksi limo lapangan terbang, bas Rapid KL & Transnasional, LRT (Ampang Line & Kelana Jaya Line) dan KL Monorail.

 

      Memandangkan terdapat ramai rakyat Malaysia serta pelancong asing yang menggunakan pengangkutan awam, kempen tersebut dijangka akan memberi pendedahan yang menyeluruh terhadap produk, aktiviti dan destinasi pelancongan yang menarik di Malaysia.

 

      Kempen pengiklanan ini akan melibatkan :

a) 50 buah teksi limo lapangan terbang di Kota Kinabalu, Sabah

b) 50 buah teksi limo lapangan terbang di Kuching, Sarawak

c) 100 buah bas ‘Intra-City’ di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya

d) 100 buah bas ‘Inter-City’ di 10 negeri di Semenanjung Malaysia.

e) iklan-iklan tersebut juga dapat dilihat di LRT (Kelana Jaya Line dan Ampang Line) dan KL Monorail.

 

 

ZOOM! MALAYSIA:

1)           Kempen Zoom! Malaysia merupakan salah satu usaha kerajaan untuk mengukuhkan pembangunan pelancongan domestik.

 

2)         Di samping menggalakkan integrasi nasional, ia juga merangsang rakyat Malaysia agar merancang percutian dan meneroka pelbagai tarikan pelancongan yang terdapat di negara sendiri.

 

3)         Kempen ini juga akan mengeratkan kerjasama di antara ahli-ahli sektor awam dan swasta dalam mempromosi pelbagai produk dan tarikan pelancongan serta acara-acara khas.

 

NOTA TAMBAHAN:

 

KEDATANGAN PELANCONG ASING (JAN-OGOS 2008)

 

1)           Kedatangan pelancong asing pada bulan Ogos 2008 – 1.8 juta (1,839,235) – kenaikan sebanyak 12% berbanding dengan bulan Ogos 2007.

 

2)         Kedatangan pelancong asing – Januari ke Ogos 200814.7 juta (14,730,437) – kenaikan 4.9% berbanding dengan 14 juta (14,047,276) untuk tempoh yang sama pada tahun 2007.

 

               Jadual 1: Perbandingan kedatangan pelancong ke Malaysia (Ogos 2007 dan 2008)

 

BULAN

 

 

KEDATANGAN PELANCONG

2007

 

KEDATANGAN PELANCONG

2008

 

PERUBAHAN %

 

OGOS

 

 

1,642,899

 

1,839,235

 

12.0

 

Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia

 

 

Jadual 2: Perbandingan kedatangan pelancong ke Malaysia (Januari – Ogos 2007 and 2008)

 

BULAN

 

 

KEDATANGAN PELANCONG

2007

 

KEDATANGAN PELANCONG

2008

 

PERUBAHAN %

 

JANUARI – OGOS

 

 

14,047,276

 

14,730,437

 

4.9

 

Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia

 

 

3)         Sepuluh pasaran yang mencatatkan kedatangan pelancong yang tertinggi ke Malaysia – Januari ke Ogos 2008:

1.            Singapura (7,283,169)

2.          Indonesia (1,534,110)

3.          Thailand (1,007,216)

4.          China (termasuk Hong Kong & Macau) (659,636)

5.           Brunei (644,866)

6.          India (377,011)

7.           Jepun (283,813)

8.          Australia (270,235)

9.          Filipina (255,987)

10.      United Kingdom (242,915)


%d bloggers like this: