Kata Aluan Majlis Pelancaran Zoom! Malaysia

KATA-KATA ALUAN

YB DATO’ SRI AZALINA DATO’ OTHMAN SAID MENTERI PELANCONGAN MALAYSIA

PADA MAJLIS PELANCARAN ZOOM! MALAYSIA

_______________________________________________________

 

Bismillahirahmanirrahim, Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera;

 

·       YAB Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi

Perdana Menteri Malaysia,

 

·       YB Dato’ Sri Sulaiman Abdul Rahman Abdul Taib

Timbalan Menteri Pelancongan Malaysia

·       Y.Bhg Datuk Ab Ghafar Bin Tambi

Timbalan Ketua Setiausaha                  (Pengurusan)

 

·       Y.Bhg Datuk Ong Hong Peng

Timbalan Ketua Setiausaha  (Pelancongan)

 

·       Y.Bhg Datuk Mirza Mohammad Taiyab

Ketua Pengarah Tourism Malaysia

 

·       Dato’-dato’, datin-datin dan tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian.

 

 

 

 

Warna merah si bunga raya;

Tempat berhimpun segala serangga;

Kerana madunya manis terasa;

Pak Lah datang kami ceria,

Penghargaan kami tidak terhingga;

Budi PM teringat senantiasa;

 

1. Saya bagi pihak warga kementerian ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Dato’ Seri Perdana Menteri kerana meluangkan masa untuk melancarkan kempen Zoom! Malaysia. Buat maklum YAB, kempen ini dilancarkan bagi mengukuhkan lagi sektor pelancongan tempatan serta bagi menarik minat rakyat melancong di dalam negara.

2.      Kempen ini akan menonjolkan tempat-tempat menarik di dalam negara. Buat makluman YAB Dato’ Seri, sejak kerajaan mengumumkan cuti Sabtu dan Ahad, hotel-hotel di seluruh negara mempunyai kadar occupancy yang tinggi terutama di hujung minggu. Ini menunjukkan keputusan YAB Dato’ Seri itu mempunyai kesan positif kepada sektor pelancongan negara.

 

3.      Bagaimanapun bagi memastikan ia terus meningkat, beberapa langkah akan dilaksanakan oleh kementerian termasuk mempromosikan tempat-tempat pelancongan baru dalam program Zoom Malaysia ini.

4.      Malaysia sebenarnya adalah sebuah negara yang bertuah yang mempunyai keindahan laut dan pantai, gunung dan gua, hutan tropika yang tertua serta keindahan semulajadi yang tidak terdapat di negara-negara lain. Sistem jalanraya yang baik pula merupakan satu kelebihan yang menyenangkan rakyat tempatan untuk bergerak dan melawat destinasi-destinasi ini.

 

5. Pembangunan destinasi-destinasi ini pula akan di kategorikan melalui tiga aspek iaitu Sejarah, Budaya dan Eko Pelancongan

 

6. Demi meningkatkan pelancongan domesik cogankata atau ’tagline’nya ’My Beautiful Malaysia’ akan diperkenalkan untuk menanamkan sikap patriotisma cintakan negara sendiri dikalangan rakyat Malaysia.

 

7. Tanpa mengenali yang silam kita sering lupa akan asal usul kita dan sering alpa dengan keringat perjuangan demi usaha membina sebuah negara. Misalnya, kita telah lupa bahawa ditapak inilah berlansung persidangan pertama Parlimen Persekutuan Tanah Melayu yang dirasmikan oleh Yang Di Pertuan Agong Pertama pada 12 September 1959 dan juga telah berlansung Kongres Ekonomi Bumiputra yang pertama pada 5 Jun 1965, yang antara lain telah melahirkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Bank Bumiputra serta banyak lagi coretan sejarah Negara telah berlansung di bangunan ini.

 

 “Akan tetapi kita tidak pasti samaada pada persidangan pertama Parlimen itu telah dibahaskan tentang Big Foot atau Monyet untuk diketengahkan sebagai bahan promosi pelancongan…”

 

Dato’2, Datin2, Tuan2, Puan2

Para hadirin Sekalian,

8. Walaubagaimana pun marilah kita jadikan malam ini satu titik baru bagi memelihara pelbagai anugerah lama untuk kita terus bersemangat melangkah kehadapan untuk Malaysia yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.

 

9.      Akhir kata, sekali lagi saya mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada YAB Dato’ Seri, kerana sudi hadir dan seterusnya melancarkan Zoom! Malaysia.

 

Sekian, wabillahitaufik wal hidayah wassalamualaikum w.b.t.


%d bloggers like this: