Tindakan terhadap Pempena berdasarkan laporan – Azalina

November 12, 2008 at 9:17 am Leave a comment

datuk-seri-azalina211 November, London – Kementerian Pelancongan akan mengambil tindakan tegas atau sebaliknya terhadap Pempena Sdn. Bhd. selepas menerima laporan penuh berhubung dakwaan pembabitannya dalam pelaburan yang diragui. Menterinya, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said berkata, beliau juga akan bersemuka dengan wakil-wakil daripada 20 anak syarikat di bawah kelolaan Pempena dalam minggu ini.

Beliau berkata, pertemuan itu penting bagi mendapatkan penjelasan atau tunjuk sebab berhubung laporan firma audit Pricewaterhousecoopers yang mendakwa Pempena terbabit dalam pelaburan yang diragui.

”Kami akan memanggil mereka secara individu… tengok akuan. Ia perlu dilakukan dengan adil sebelum keputusan dibuat sama ada menjual saham atau menyusun semula strategi pemasaran,” katanya di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan audit yang dibentangkan kepada Kementerian Pelancongan bagi menentukan bentuk tindakan terhadap Pempena, anak syarikat Tourism Malaysia yang didakwa terbabit dalam projek pelaburan yang diragui.

Antara anak syarikat yang terletak di bawah Pempena ialah Malaysia Kitchen, Biro Nation Travel, PEPS dan Restoran Awana Chelsea.

Bagaimanapun, kata Azalina, Restoran Awana Chelsea disahkan berjaya menguruskan kewangan dengan baik.

Menurut beliau, antara restoran yang disenaraikan di bawah kelolaan Malaysia Kitchen termasuk Awana Chelsea, Champor-Champor di sini, Bunga Raya di Weisbaden, Germany; Banana Leaf di Helsinki; Malakka di Rotterdam dan China Garden di Moscow.

Beliau berkata, pihaknya akan memberi peluang kepada Pempena untuk memberi penjelasan penuh sebelum sebarang tindakan akan diambil.

Katanya, sehingga kini beberapa anak syarikat Pempena termasuk Malaysia Kitchen disiasat Badan Pencegah Rasuah.

 

Entry filed under: 1. Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , .

300,000 pelancong UK akan melawat Malaysia Kekurangan penerbangan MAS dibawa ke mesyuarat Kabinet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

November 2008
M T W T F S S
« Oct    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: