Pelajar Malaysia Di Luar Negara Berperanan Promosi Negara

November 12, 2008 at 9:19 am Leave a comment

aza1112 November, London – Pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di luar negara memainkan peranan penting dalam mempromosi negara kepada masyarakat setempat, kata Menteri Pelancongan YB Dato’ Sri Azalina Othman Said.Beliau berkata mereka merupakan pihak paling baik untuk mempromosi produk dan tempat-tempat menarik di Malaysia dalam usaha membantu pertumbuhan ekonomi negara.
“Strategi kita sekarang ialah untuk mempromosi ekopelancongan seperti Gua Mulu di Sarawak yang boleh menarik pelancong generasi muda yang gemar kepada aktiviti luar untuk datang ke Malaysia,” katanya dalam satu majlis yang dihadiri kira-kira 100 pelajar Malaysia di Malaysia Hall di sini Selasa malam.

Sementara itu Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Britain, Datuk Abdul Aziz Mohammed berkata bilangan pelajar Malaysia yang menuntut di United Kingdom berkurangan, iaitu kira-kira 12,000 pelajar dewasa pada masa sekarang berbanding 30,000 pelajar pada 15 tahun lepas.

Beliau berkata satu sebab berkurangannya bilangan pelajar Malaysia ialah berikutan kos sara hidup di sini yang semakin meningkat dan yuran pengajian yang semakin tinggi.

“Kos minimum pengajian setahun adalah 7,000 pound sterling manakala jumlah maksimumnya boleh mencecah sehingga 20,000 pound sterling bergantung kepada jenis kursus yang diambil dan universiti yang dibelajari,” katanya.

Abdul Aziz berkata kebanyakan pelajar Malaysia membuat pengajian berkembar yang lebih menjimatkan, iaitu belajar selama dua tahun di Malaysia dan menyambung pengajian untuk selama setahun di United Kingdom.

 

Entry filed under: 1. Tags: .

Kekurangan penerbangan MAS dibawa ke mesyuarat Kabinet Piala Monson Satu Lagi Produk Pelancongan Yang Diiktiraf

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

November 2008
M T W T F S S
« Oct    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: