300,000 pelancong UK akan melawat Malaysia

November 11, 2008 at 7:17 am 1 comment

7o2t2348110 November, London – Kementerian Pelancongan menyasarkan seramai 300,000 pelancong dari United Kingdom (UK) akan melawat Malaysia menjelang akhir tahun ini.

Pengarah Majlis Promosi Tourism Malaysia bagi UK dan Ireland, Abdul Rauf Abu Hassan berkata, sasaran itu dijangka dicapai berikutan jumlah pelancong dari negara itu yang datang ke Malaysia dari Januari sehingga September adalah seramai 272,000 orang.

“Pada tahun lepas jumlah keseluruhan pelancong UK ke Malaysia adalah sebanyak 274,000 orang dan saya yakin sasaran itu dapat dicapai,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di ruang pameran Malaysia di Pusat Pameran Excel Pasaran Pelancongan Dunia di sini hari ini.

Sebanyak 21 agensi pelancongan dan enam negeri dari Malaysia mengambil bahagian dalam pameran itu yang berlangsung selama tiga hari sehingga 13 November ini.

Abdul Rauf berkata, kesungguhan Malaysia dalam mempromosikan produk dan destinasi pelancongan telah menarik warga negara ini melancong ke Malaysia.

Menurut beliau, kehangatan sambutan pelancong terbabit adalah ekoran promosi Tahun Melawat Malaysia dan usaha negeri-negeri yang mempromosikan destinasi pelancongan masing-masing.

Beliau memberitahu, pada tahun ini ruang pameran Malaysia dalam pameran di sini memperkenalkan konsep eko-pelancongan dengan memaparkan rumah panjang di Sarawak yang mempunyai pelbagai keunikan budaya etnik dari Sarawak.

Beliau menambah, idea rumah panjang itu diilhamkan oleh Menteri Pelancongan, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said.

Jelasnya, konsep berkenaan dirangka hasil maklum balas yang diberikan oleh peserta-peserta pameran ini pada tahun lalu dengan mempromosikan konsep eko-pelancongan kerana Malaysia mempunyai destinasi pelancongan alam semula jadi.

Dalam pada itu, Abdul Rauf berkata, pameran itu merupakan yang terbesar di Eropah kerana ia menghimpunkan lebih 50,000 peserta dari 190 negara menyertai pameran ini.

Beliau berharap penyertaan Malaysia kali ini akan mendapat sambutan berikutan konsep yang diperkenalkan itu menepati cita rasa pelancong dari UK yang inginkan kelainan ketika melancong ke Malaysia.

 

Entry filed under: 1. Tags: , , , , , , , .

Tiada kaitan pelancong, papan tanda jalan Tindakan terhadap Pempena berdasarkan laporan – Azalina

1 Comment Add your own

  • 1. catplanet  |  November 12, 2008 at 1:53 am

    It’s my pleasure that i found your personal weblog but what a pity that i can’t understand Malay language to enjoy it.As I’m an international tourism student in Malaysia it would be great if I can find its English version as well (if it exists)
    wish you luck and success.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

November 2008
M T W T F S S
« Oct    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: