Papan tanda pelbagai bahasa di lokasi tertentu sahaja

November 6, 2008 at 7:17 am 2 comments

aza16 November, Kuala Lumpur – Kementerian Pelancongan bertanggungjawab ke atas pemasangan papan tanda penerangan pelancong dalam beberapa bahasa di lokasi tertentu sahaja, kata Menterinya, Dato’ Sri Azalina Othman Said.

Beliau berkata, pelancong asing bukan sahaja bergantung kepada papan tanda pelancong yang dipasang itu untuk mendapatkan maklumat, malah boleh memperolehinya daripada risalah pelancongan dalam beberapa bahasa yang disediakan kementerian itu.

Katanya, walaupun demikian bahasa Melayu, masih kekal digunakan sebagai bahasa rujukan utama.

“Cadangan supaya mempelbagaikan bahasa pada papan tanda jalan dan nama-nama tempat merupakan satu usaha baik yang perlu diadakan demi meningkatkan jumlah pelancong asing ke Malaysia.

“Namun begitu, kerajaan tidak pernah berkompromi dengan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara ini,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Seri Azmi Khalid (BN-Padang Besar) berhubung cadangan mempelbagaikan bahasa pada papan tanda jalan dan nama-nama tempat untuk kemudahan pelancong.

Sebagai contoh, sehingga Jun 2008, negara telah menerima 99,032 pelancong dari beberapa negara Asia Barat dan golongan itu dikenalpasti sebagai pelancong berpotensi besar dalam menyumbang kepada pendapatan negara menerusi aktiviti membeli-belah.

Sehubungan itu, beliau berkata, adalah wajar untuk mempelbagaikan papan tanda serta nama tempat dalam bahasa Arab untuk tarikan pelancong dari Asia Barat yang gemar berkunjung ke kawasan membeli-belah sekitar KLCC dan Bukit Bintang.

Azalina turut menjelaskan bahawa pemasangan papan tanda jalan tertakluk kepada kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran.

 

Entry filed under: 1. Tags: , , , , , .

Masa Depan CTC Akan Dibincang Di London – Azalina

2 Comments Add your own

  • 1. semutar kata  |  November 6, 2008 at 9:47 am

    Tak perlu terlalu ghairah hingga perlu terlalu ikut rentak pelancong. Semacam kita terlalu taasub hingga hilang pertimbangan diri. Contohi negara China dalam memartabatkan bahasanya. Cukup ‘budiman’. Terlampau nak tarik pelancong pun biarlah berpada, kerana terlampau itu sendiri dah lari daripada konsep kesederhanaan yang kita amalkan. Tak perlu gelabah dengan komersialisme yang tidak perlu.

    Reply
  • 2. Faizal Riduan  |  November 7, 2008 at 9:25 am

    Tuan,

    Sebenarnya perihal bahasa Melayu ini sudah tidak wajar menjadi isu kerana menjadi antara persetujuan terawal politik dalam hubungan PUTERA-AMCJA yang memuktamadkan bahawa Melayu sebagai rupa bangsa dan citra warganegara bagi Malaysia. Inilah antara kontrak sosial terawal penduduk Persekutuan Tanah yang dapat dilihat dalam manifesto pilihanraya pertama pada tahun 1955 oleh Perikatan UMNO-MCA-MIC iaitu “menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi dalam masa sepuluh tahun sesudah merdeka”.

    Namun kini setelah kemerdekaan berusia setengah abad dimana janji-janji tersebut? Ketika semua orang menunding jari telunjuk pada kaum lain saya rasa 3 yang lain akan menunjuk pada batang tubuh Melayu itu sendiri yang mengkhianati warisan bahasa leluhur mereka. Jawapannya saya kira dalam satu frasa dan premis iaitu Memelayukan Bahasa dan Membahasakan Melayu.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

November 2008
M T W T F S S
« Oct    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: