Pahang Truely Malaysia Titah Tengku Mahkota Pahang

November 6, 2008 at 7:09 am Leave a comment

_mg_67705 November, Cameron Highlands – Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Abdullah Al-Haj Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, Tengku Mahkota Pahang berkenan untuk menyempurnakan majlis pelancaran Zoom! Cameron Highlands petang tadi di Taman Agroteknologi Mardi, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang.

Majlis pelancaran tersebut turut disaksikan oleh Menteri Pelancongan Malaysia, YB Dato’ Sri Azalina Dato’ Othman Said. Hadir sama Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk S K Devamany dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Wanita, Pembangunan Keluarga dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Shafik Fauzan Sharif.

Baginda Tengku Mahkota ketika bertitah mencadangkan jenama ‘Pahang Truely Malaysia’ sebagai langkah utama memperkasakan lagi destinasi pelancongan di Pahang, sekaligus mempromosikan produk pelancongan ke peringkat global.

Baginda bertitah, Pahang perlu memiliki jenama sendiri sejajar dengan hasrat kerajaan untuk merangsang pertumbuhan pelancongan domestik dan menanam budaya melancong dalam negeri.

Titah baginda, kerajaan negeri menerusi Tourism Malaysia Pahang dan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN) diharap menyediakan ‘blue print’ bagi memastikan destinasi pelancongan negeri berkembang seiring dengan pelancongan peringkat antarabangsa.

“Kebanyakan pembangunan di pusat pelancongan berjalan tanpa perancangan sempurna kerana tiada kawalan dan pemantauan pihak yang terbabit di sektor ini.

“Dengan ada ‘blue print’ ini, mudah bagi kita untuk melihat, mengkaji, mengawal dan melaksanakan apa jua pembangunan yang bakal dilaksanakan di sesebuah kawasan pelancongan,”.

Baginda bertitah demikian pada majlis pelancaran dan menandatangani plak Zoom! Cameron Highlands di Taman Agroteknologi, Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (Mardi), di Tanah Rata dekat sini, semalam.

Penganjuran majlis pada hari ini bertujuan untuk memberi fokus kepada Cameron Highlands sebagai sebuah destinasi pelancongan terpilih. Ia juga adalah sejajar dengan tujuan kerajaan untuk merangsang pertumbuhan pelancongan domestik dan seterusnya menanamkan budaya melancong di dalam negeri di kalangan rakyat Malaysia.

Taman Agroteknologi Mardi telah dipilih sebagai tapak pelancaran kerana keistimewaannya sebagai sebuah destinasi pelancongan tanah tinggi dan pusat penyelidikan pertanian yang unggul di negara ini.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Pahang (Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser), seramai 525,749 orang pelancong telah mengunjungi Cameron Highlands dari bulan Januari hingga September 2008, menyaksikan peningkatan sebanyak 71.89% berbanding 305,855 orang dalam tempoh yang sama pada tahun 2007. Jumlah pelancong domestik yang mengunjungi Cameron Highlands dari bulan Januari hingga September 2008 pula ialah seramai 335,799 orang.

7o2t2616 7o2t2654

7o2t2862 img_1757

7o2t2974

Entry filed under: 1. Tags: , , , , , , , , , , .

‘Pempena bakal dikenakan tindakan’ Jangan Politikkan Sektor Pelancongan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

November 2008
M T W T F S S
« Oct    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: