Masa Depan CTC Akan Dibincang Di London – Azalina

November 6, 2008 at 7:14 am Leave a comment

img_00665 November, Cameron Highlands – Masa depan Pusat Pelancongan Komanwel (CTC) di ibu negara adalah antara perkara yang akan dibawa Kuala Lumpur pada Mesyuarat Menteri-menteri Pelancongan Komanwel di London minggu depan.Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said berkata adalah penting untuk membincangkan masa depan dan hala tuju CTC yang memulakan operasi secara rasmi pada 1 Jan 2006.

Pusat itu yang ditubuhkan melalui mesyuarat yang sama bertanggungjawab mempromosi sektor pelancongan di kalangan negara komanwel, membangunkan keupayaan, membantu pertukaran maklumat, mempromosi pelaburan pelancongan dan mengembangkan kerjasama strategik.

“CTC berada di bawah bidang kuasa kerajaan Malaysia dan kita akan mengkaji sama ada mahu teruskan atau tidak kerana aspek penyertaan dari negara lain tidak ada,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri pelancaran Zoom! Cameron Highlands di Taman Agroteknologi Mardi di sini hari ini.

Beliau berkata selain CTC, Kuala Lumpur akan turut membangkitkan kesan krisis ekonomi dunia yang dilihat mengurangkan kehadiran pelancong ke negara yang menawarkan sektor pelancongan serta isu beberapa negara menutup syarikat penerbangan yang secara tidak langsung menjejaskan sektor itu.

Azalina berkata mesyuarat dua hari yang dijadual bermula 10 Nov itu juga dijangka membincangkan masalah pembelian rumah dan kelulusan bagi program Malaysia Rumah Kedua Ku.

Beliau berkata mesyuarat berkenaan penting bagi membolehkan kementerian membincangkan pelbagai isu dan menilai pandangan anggota lain sebelum perubahan dan pendekatan baru diambil untuk mengembangkan lagi sektor pelancongan negara.

“Malaysia kini dilihat sebagai sebuah negara yang sangat aktif dalam pelancongan. Apabila kita berkata mengenai ‘Malaysia Truly Asia’, dunia berkata bahawa tindakan itu sangat bijak dengan menjual aspek Asia dalam negara ini,” katanya.

 

Entry filed under: 1. Tags: , , , , .

Jangan Politikkan Sektor Pelancongan Papan tanda pelbagai bahasa di lokasi tertentu sahaja

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

November 2008
M T W T F S S
« Oct    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: