Jangan Politikkan Sektor Pelancongan

November 6, 2008 at 7:11 am Leave a comment

dato15 November, Cameron Highlands – Kementerian Pelancongan hari ini menafikan sekali lagi kononnya ia mengamalkan diskriminasi dan tidak menyokong acara dan kegiatan promosi pelancongan di lima negeri di bawah kerajaan pembangkang.

Menterinya Datuk Seri Azalina Othman Said berkata untuk memajukan sektor pelancongan adalah lebih daripada fahaman politik dan setiap negeri mempunyai peranan untuk menjana pendapatan ekonomi menerusi sektor berkenaan.

“Saya dimaklumkan dan mengarahkan pejabat kementerian di setiap negeri dan Majlis Tindakan Pelancongan Negeri (MTPN) supaya menjemput mereka yang terlibat (dari negeri kerajaan pembangkang) untuk hadir ke setiap majlis yang kita buat kerana sama ada datang atau tidak itu perkara kedua,” katanya.

Azalina bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis pelancaran “Zoom! Cameron Highlands” oleh Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Taman Agroteknologi Mardi di sini.

Menteri itu ditanya mengenai dakwaan kerajaan negeri pembangkang bahawa kementerian pelancongan tidak memberi kerjasama dalam promosi pelancongan di negeri-negeri berkenaan.

Beliau berkata sebaliknya maklum balas yang diterimanya, pihak kementerian termasuk pengurus besar MTPN di setiap negeri pembangkang yang tidak dijemput untuk terlibat sama dalam perbincangan dan aktiviti promosi pelancongan negeri.

Beliau berkata kerajaan persekutuan di bawah Barisan Nasional tidak mempolitikkan pelancongan kerana ia merugikan negara dan beliau menjamin bahawa kementerian berlaku adil untuk semua negeri.

Ketika ditanya adakah sektor pelancongan negara terjejas dengan tindakan kerajaan pembangkang ini, Azalina berkata, “Tidak mengganggu, yang boleh menjejaskan kehadiran pelancong ialah perkhidmatan yang diberi seperti dalam aspek pengusaha hotel dan pengangkutan dan kebersihan”.

Katanya kementerian masih mengamalkan dasar yang sama dan dalam aspek kiraan jumlah kehadiran pelancong ke dalam negara, kementerian itu turut mengambil kira jumlah yang datang ke lima negeri di bawah pembangkang iaitu Pulau Pinang, Perak, Kedah, Kelantan dan Selangor.

Mengenai cadangan Tengku Abdullah supaya negeri Pahang menggunakan jenama ‘Pahang Truly Malaysia’, Azalina berkata setiap negeri berhak menggunakan kreativiti masing-masing dalam mempromosikan produk pelancongan di negeri itu.

“Kita tidak meletakkan syarat tertentu. Seperti ‘Pahang Truly Malaysia’ mereka hanya mahu menjual produk pelancongan yang ada jadi terpulang kepada kebijaksanaan, strategi dan kemampuan mereka. Kreativiti itu menjadi elemen penting dalam rangka promosi,” katanya.

 

Entry filed under: 1. Tags: , , , , .

Pahang Truely Malaysia Titah Tengku Mahkota Pahang Masa Depan CTC Akan Dibincang Di London – Azalina

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

November 2008
M T W T F S S
« Oct    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: