Kerajaan Tidak Pernah Amal Sentimen Kepartian Promosi Pelancongan Negara

November 5, 2008 at 1:42 am Leave a comment

13a_inside4 November, Kuala Lumpur – Kementerian Pelancongan tidak pernah mengamalkan sentimen politik kepartian dalam usaha mempromosikan negara sebagai destinasi pelancongan terunggul di rantau ini, kata Menteri Pelancongan YB Dato’ Sri Azalina Othman Said.

Menjawab soalan Khalid Abdul Samad (PAS-Shah Alam) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, Azalina berkata acara-acara kementerian masih dijalankan di setiap negeri termasuk yang tidak ditadbir Barisan Nasional (BN).

Selain itu, katanya peruntukan yang diterima oleh setiap Majlis Tindakan Pelancongan Negeri adalah sama tanpa dibezakan oleh fahaman politik.

Azalina turut membidas Khalid, yang beberapa kali bangun mencelah ketika sesi soal jawab itu, dengan antara soalan Khalid menjurus sama ada Kementerian Pelancongan tidak berhubung dan bekerjasama dengan Exco kerajaan negeri Selangor.

“Saya mencabar Shah Alam (Khalid) buktikan di mana Exco kerajaan negeri Selangor tidak berhubung untuk dijemput dengan acara kementerian… tetapi dalam beberapa acara seperti pelancaran Zoom oleh Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) dan lawatan pelancongan tidak dihadiri Exco. Fakta yang dikemukakan Shah Alam tidak begitu tepat,” katanya.
Azalina berkata penganjuran Tahun Melawat Malaysia tahun lepas berjaya meningkatkan kedatangan pelancong asing sebanyak 19.5 peratus (20.8 juta orang) berbanding 17.5 juta orang pada 2006.

Beliau berkata jumlah ketibaan dan pendapatan pelancongan yang diperoleh melebihi sasaran asal penganjuran 20.1 juta ketibaan pelancong asing dan RM44.5 bilion pendapatan.

“Pendapatan (sebenar) yang diperoleh adalah sebanyak RM46 bilion. Ia menunjukkan peningkatan sebanyak 27 peratus berbanding RM 36.2 bilion pada 2006,” katanya.

Azalina, yang juga Anggota Parlimen Pengerang, berkata para pelancong menginap lebih lama di hotel kerana purata tempoh penginapan dicatatkan sempena Tahun Melawat Malaysia adalah 6.3 malam berbanding 6.2 malam pada 2006.

Beliau berkata secara keseluruhan perbelanjaan yang dikeluarkan menjana pertumbuhan ekonomi negara terutamanya yang berkaitan dengan industri pelancongan seperti sektor perhotelan dan resort, agensi pelancongan dan pengangkutan.

Azalina berkata kerajaan memperuntukkan RM250 juta bagi menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2007 dengan sejumlah RM80 juta digunakan untuk tujuan promosi.

Entry filed under: JejakAzalina.

Duta Dari Negara Eropah Di Rai Azalina tegur masalah kebersihan di P. Pinang

Leave a comment

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

November 2008
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Pautan

Feeds