Komitmen Azalina mendapat pujian duta Komanwel

November 3, 2008 at 8:47 am Leave a comment

img_20673 November, Kuala Lumpur – Menteri Pelancongan, Dato’ Sri Azalina Othman Said nyata begitu berbesar hati dan gembira dengan kesudian tetamu jemputan khas kerana sudi hadir ke Majlis Perbincangan dan Makan Tengah Hari anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia, hari ini.

Majlis Perbincangan dan Makan Tengah hari bersama duta-duta negara komanwel di negara ini yang diadakan di Carcosa Seri Negara tersebut telah berlangsung dalam suasana yang meriah serta penuh semangat kekeluargaan.

Sambil menjamu selera, Azalina yang sebelum itu terpaksa menghadiri beberapa program termasuk mesyuarat ‘post-morterm kabinet’ masih sempat mencuri masa untuk beramah mesra, bertukar-tukar pendapat dan bertanyakan khabar kepada tetamu yang hadir, sebelum beliau bergegas ke Parlimen.

Komitmen yang ditunjukan Azalina  untuk hadir meskipun berhadapan dengan kepadatan tugasan pada hari ini dan juga sikap ramah mesra yang ditunjukannya dalam melayan setiap tetamu yang hadir, nyata mendapat pujian daripada wakil negara-negara komanwel tersebut.

Selain duta-duta negara komanwel di negara ini, majlis yang diadakan itu juga turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan Malaysia, Dato’ Dr. Ong Hong Peng dan juga pengawai-pengawai dari Kementerian Pelancongan dan Tourism Malaysia.

Majlis yang berlangsung jam 12.30 tengah hari itu telah berakhir tiga jam kemudian iaitu lebih kurang jam 3.00 petang.

 

Entry filed under: 1. Tags: , , , , , , , , , , , , .

Kesan Krisis Ekonomi Terhadap Pelancongan Dibincang Di London Kematangan Azalina Terserlah Ketika Seisi Perbahasan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

November 2008
M T W T F S S
« Oct    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: