Kesan Krisis Ekonomi Terhadap Pelancongan Dibincang Di London

November 3, 2008 at 2:10 am Leave a comment

31 Oktober, Kaherah – Kesan krisis ekonomi terhadap industri pelancongan dunia akan dibincangkan pada satu mesyuarat yang akan dihadiri semua menteri pelancongan dari seluruh dunia di London bulan depan. Menteri Pelancongan YB Dato’ Sri Azalina Othman Said berkata mesyuarat itu akan bermula pada 10 Nov.

“Kita akan lihat keadaan sebenar yang melanda industri pelancongan di tiap-tiap negara,” katanya kepada wartawan Malaysia yang mengikuti beliau dalam misi promosi Malaysia ke Mesir.


Mengulas kesan krisis itu terhadap industri pelancongan Malaysia, Azalina berkata, walaupun terdapat kebimbangan namun Malaysia masih mampu bertahan dan menerima kehadiran pelancong.

“Kita turut merasa bimbang terutama pada keseluruhan jenis dan tabiat pelancong di mana mereka akan lebih selektif dalam memilih destinasi, namun Malaysia masih mampu mengambil peluang dari kesan tersebut,” katanya.

Beliau berkata kelebihan Malaysia berbanding negara lain terutama negara jiran ialah harga yang lebih murah terutama hotel bertaraf empat dan lima bintang.

Keadaan ini, katanya, menyebabkan ramai pelancong memilih Malaysia sebagai destinasi pilihan.

“Ianya satu kesan positif dalam industri pelancongan kita, dengan harga yang lebih murah, pastinya ia memberi kelebihan,” katanya.

Azalina berkata kestabilan politik, mata wang yang lebih murah dan hospitaliti menjadikan Malaysia antara destinasi pilihan di Asean.

“Saya percaya kita berkongsi pelancong dengan negara Asean yang lain , mereka mungkin tidak hanya datang ke Malaysia tetapi juga ke negara jiran,” katanya.

 

Entry filed under: 1. Tags: , , , , , , , .

Pelancong Dari Mesir Meningkat, Kata Azalina Komitmen Azalina mendapat pujian duta Komanwel

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

November 2008
M T W T F S S
« Oct    
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: