Pelancong Dari Mesir Meningkat, Kata Azalina

October 30, 2008 at 5:30 am 1 comment

azalina-malaysia-truly-asia

29 Okt, Mesir – Jumlah pelancong dari Mesir yang melawat Malaysia meningkat dengan ketara sejak tahun-tahun kebelakangan ini, kata Menteri Pelancongan Dato’ Sri Azalina Othman Said. Katanya kira-kira 8,550 pelancong Mesir melawat Malaysia dalam tempoh antara Januari dan September tahun ini berbanding 5,163 pelancong dalam tempoh yang sama tahun lepas, dan menurutnya tahun lepas 7,603 rakyat Mesir melawat Malaysia berbanding 5,682 pada tahun sebelumnya.

Beliau yang menggambarkan peningkatan itu sebagai ‘cukup besar’ berkata Malaysia mengiktiraf Mesir sebagai salah satu pasaran pelancong yang semakin meningkat.

Katanya pelancong Mesir yang dianggap sebagai “sering berbelanja besar” adalah kalangan pelancong yang tinggal kira-kira sembilan hari dan berbelanja secara purata RM7,000 tiap seorang.

Bercakap kepada pemberita dalam persidangan akhbar yang dihadiri wartawan Malaysia dan tempatan, Azalina berkata, Malaysia memiliki banyak kelebihan untuk ditawarkan kepada rakyat Mesir, termasuk dari segi destinasi nilai faedah wang, kepelbagai kebudayaan, kelebihan pasaran pelancong, keselesaan, keselamatan, dan persekitaran sebuah negara Muslim.

“Malaysia dikenali oleh rakyat Mesir sebagai destinasi percutian keluarga dengan suasana politiknya cukup stabil, dan ia penting dalam memastikan tahap perkhidmatan yang tinggi dapat ditawarkan.

“Pelancongan adalah mengenai menyatukan orang ramai. Dengan kestabilan ekonomi, keselamatan, dan juga kadar pertukaran wang yang rendah, Malaysia menjadi pilihan utama pelancong dari Mesir, dan kami mahukan supaya pelancong-pelancong dari Timur Tengah merasakan kehadiran mereka sentiasa dialu-alukan di negara kami,” katanya.

Azalina berkata selain itu kemudahan penyediaan makanan masakan Arab di Malaysia juga memberikan satu kelebihan buat pelancong Arab di Malaysia, selain tarikan lain seperti pelancongan rawatan, pelancongan eko dan pendidikan.

Beliau berkata tahun lepas Malaysia menerima kunjungan 341,288 pelancong untuk mendapatkan rawatan perubatan, kebanyakannya dari negara-negara Asia, dan menurutnya pelancong boleh datang sendiri ke Malaysia bagi tujuan itu tanpa perlu melalui ejen-ejen palancongan.

Katanya pelancongan rawatan menjadi sektor yang berkembang dengan pantas ekoran kos rawatan-rawatan perubatan yang semakin mampu disediakan, di samping kemunculan perkhidmatan perubatan bertaraf dunia di Malaysia.

Azalina berkata satu perjanjian rundingan bersama yang ditandatangani awal tahun ini antara menteri luar kedua-dua negara, membantu dalam menggalakkan ketibaan lebih ramai pelancong Mesir di Malaysia.

Beliau berkata Menteri Pelancongan Mesir yang ditemuinya semalam, menyuarakan rasa kagum dengan penjenamaan produk “Malaysia Truly Asia”.

Entry filed under: 1. Tags: , , , , , , , , , .

Najib puji penjenamaan semula program jualan hujung tahun Kesan Krisis Ekonomi Terhadap Pelancongan Dibincang Di London

1 Comment Add your own

  • 1. Ahmad Daeng  |  October 30, 2008 at 9:56 am

    Tahniah Datuk atas usaha yang gigih membawa pelancong ke Malaysia. Syabas

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

October 2008
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: