Pelancongan Terus Menjadi Industri Perdana Malaysia

October 28, 2008 at 7:24 am Leave a comment

KUALA LUMPUR, 23 Okt :Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelancongan akan terus menjadi salah satu industri perdana Malaysia yang mampan, bernilai tinggi, sektor berprestasi tinggi yang mesti diperkukuhkan.

Timbalan Perdana Menteri berkata Malaysia mencatatkan ketibaan 20.97 juta pelancong pada tahun lepas, dengan catatan perolehan RM46.1 bilion.

Bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini, negara ini mencatatkan ketibaan 14.7 juta pelancong, katanya dalam ucaptama di pelancaran tidak rasmi Jualan Penjimatan Malaysia 2008 di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said.

“Salah satu komponen pelancongan utama yang menyumbang kepada perolehan pelancongan ialah membeli belah. Saya difahamkan, membeli belah merupakan aktiviti menjana perolehan utama kedua selepas pembayaran bagi penginapan, yang menyumbang 26.6 peratus atau RM12.2 bilion daripada pecahan keseluruhan perbelanjaan pelancongan pada 2007,” katanya.

Najib berkata kerajaan telah membelanjakan kira-kira RM10 juta bagi promosi dan pengiklanan serta menganjurkan acara dan aktiviti khusus untuk mempromosikan membeli belah pada tahun lepas.

Di bawah Rancangan Malaysia Ke-sembilan (RMK9), pelancongan menyasarkan untuk mencatatkan ketibaan 24.6 juta pelancong dengan perolehan pendapatan RM59.4 bilion menjelang tahun 2010, katanya.

Katanya jualan mega bermusim seperti Jualan Penjimatan Malaysia yang baru dilancarkan sebagai satu batu loncatan dalam pengalaman membeli belah bagi para pelancong.

Jualan Penjimatan Malaysia yang diadakan sebagai acara jualan di seluruh negara, dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Sekretariat Membeli Belah Malaysia.

Ia akan bermula dari 29 November, 2008 hingga 4 Januari, 2009

Entry filed under: 1. Tags: .

Najib puji penjenamaan semula program jualan hujung tahun

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

October 2008
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: