Najib puji penjenamaan semula program jualan hujung tahun

October 28, 2008 at 7:25 am Leave a comment

KUALA LUMPUR 23 Okt. : Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan langkah yang diambil oleh Kementerian Pelancongan untuk menjenamakan semula program jualan hujung tahun adalah satu langkah yang tepat.

Katanya, bidang pelancongan di negara ini perlu terus diperkukuhkan kerana ia kekal menjadi salah satu industri perdana yang mampan dan bernilai tinggi bagi negara. Bagaimana ia perlu disesuaikan dengan perubahan semasa

Menurut Timbalan Perdana Menteri, sehubungan itu, kempen dan promosi di bidang ini tidak harus kekal statik sebaliknya perlu dinamik bagi memenuhi keperluan semasa.

“Kita perlu mencari kaedah baru dan inovatif yang mungkin di luar kebiasaan bagi menjadikan Malaysia destinasi utama pilihan pelancong di seluruh dunia,” katanya ketika berucap pada majlis prapelancaran Jualan Penjimatan Malaysia 2008 di sini hari ini.

Majlis yang diadakan di sebuah pusat beli-belah terkemuka itu turut dihadiri Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman.

Jualan Penjimatan Malaysia yang diadakan sebagai acara jualan di seluruh negara sebagai menggantikan jualan hujung tahun itu dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan dan Sekretariat Membeli-Belah Malaysia.

Ia akan bermula dari 29 November, 2008 hingga 4 Januari, 2009.

Sementara itu, Najib berkata, segmen membeli-belah adalah penyumbang kedua tertinggi dalam bidang pelancongan dengan menyumbang RM12.2 bilion dalam pecahan perbelanjaan pelancong tahun lalu.

Katanya, selepas perbelanjaan untuk kemudahan penginapan, perbelanjaan kedua tertinggi para pelancong ialah untuk membeli-belah.Oleh itu dengan tanpa ragu, segmen membeli-belah merupakan antara penyumbang utama kepada pendapatan negara.

“Kerajaan sendiri telah membelanjakan kira-kira RM10 juta bagi promosi dan pengiklanan serta menganjurkan acara dan aktiviti khusus untuk mempromosikan membeli-belah pada tahun lepas.

“Jumlah RM12.2 bilion itu ternyata satu angka yang sangat mengkagumkan. Pulangannya kira-kira 120 kali ganda,” jelasnya.

Najib menambah, di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), bidang pelancongan menyasarkan untuk mencatatkan ketibaan 24.6 juta pelancong dengan perolehan pendapatan RM59.4 bilion menjelang tahun 2010.

“Setakat sembilan bulan pertama, kita telah mencatatkan peningkatan jumlah pelancong sebanyak 4.4 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

“Dari Januari hingga September, kita mencatatkan 16.3 juta pelancong berbanding 15.6 juta tahun lalu,” ujarnya.

Entry filed under: 1. Tags: .

Pelancongan Terus Menjadi Industri Perdana Malaysia Pelancong Dari Mesir Meningkat, Kata Azalina

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

October 2008
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: