Azalina lancar produk mewah ke 2 untuk tarik pelancongan

October 23, 2008 at 1:43 am Leave a comment

KUALA LUMPUR, 22 Oktober: Menteri Pelancongan, Dato’ Sri Azalina Othman Said menyifatkan usaha beberapa syarikat pengeluar produk berjenama mewah antarabangsa yang memilih Malaysia sebagai destinasi utama untuk memasarkan produk mewah keluaran mereka merupakan sesuatu yang baik dan amat dialu-alukan.

Menurut Azalina, dengan menjadikan Malaysia sebagai pusat memasarkan produk mewah harga kompetiti di negara ini mampu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara pilihan untuk dikunjungi pelancong dan sekaligus berupaya membantu menjana pendapatan besar kepada negara.

Beliau berkata demikian dalam ucapanya ketika melancarkan produk keluaran Caran d’Ache Of Switzerland hotel Shangri-la malam tadi.

Beliau berkata pelancong asing, terutama dari Asia, akan mendapati kebanyakan produk mewah di Malaysia, seperti barangan kemas, jam tangan dan terbaru pen jenama terkenal yang jauh lebih murah daripada dijual di negara lain.

“Dengan menjadikan Malaysia sebagai pusat untuk memasarkan pen jenama terkenal di Asia, secara tidak langsung ia mampu membantu kedatangan pelancong ke negara ini, lebih-lebih lagi kepada penggemar barangan eksklusif seperti alat tulis keluaran Caran d’Ache ini.

“Oleh itu, kerajaan akan sentiasa menyokong sebarang usaha oleh sektor swasta untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pilihan bagi pembelian produk mewah,”kata Azalina lagi.

Caran d’ Ache merupakan syarikat pengeluar jenama eksklusif yang memilih negara ini sebagai pusat memasarkan produk mewah keluaran mereka. Syarikat yang berpusat di Switzerland telah melantik tiga syarikat Dianomiq sdn. Bhd, Caran d”Ache @ Pavilion KL Shoping Mall dan K.S Gill untuk menjadi pengedar tunggal yang memasarkan pen keluaran terbaru mereka.

Entry filed under: 1. Tags: .

Teliti dan ambil berat jadi rahsia kejayaan Azalina Komunikasi pincang – Azalina

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

October 2008
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: