Teliti dan ambil berat jadi rahsia kejayaan Azalina

October 22, 2008 at 7:26 am Leave a comment

Kuala Lumpur-22 Oktober :Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Menteri Pelancongan, Dato’ Sri Azalina Othman Said, sebenarnya adalah terdiri dari mereka yang mempunyai sifat agak teliti dan amat mengambil berat dalam melaksanakan satu-satu pekerjaan atau tugasannya. Lebih-lebih lagi, jika program tersebut melibatkan banyak pihak.

Sebenarnya, sifat terpuji yang dimiliki oleh menteri wanita muda kreatif kelahiran negeri Johor ini bukanlah menjadi sesuatu yang rahsia kepada rakan-rakan rapatnya, pengawai-pengawai serta kakitangan di kementeriannya.Ini kerana, boleh dikatakan hampir setiap program yang telah dan bakal dilaksanakan terutamanya yang melibatkan kementerian yang didokongnya termasuk yang terbaru, Kementerian Pelancongan Malaysia pasti akan mendapat `sentuhannya’ terlebih dahulu, sebelum ia dilaksanakan.

Paling tidakpun, Azalina akan turun ke tapak program tersebut untuk melihat dengan mata kepalanya sendiri setiap persiapan yang dilakukan, dalam usaha bagi memastikan majlis yang bakal dilaksanakan berjalan dengan lancar dan sempurnah sepertimana yang dirancangkan.

Sifat ambil berat dan prihatinnya itu sekali lagi terserlah, walaupun dalam kepadatan jadual tugasan pada hari ini, namun beliau masih mampu mencuri masa `waktu makan tengah hari’ untuk menjengguk sendiri persiapan bagi Majlis Pelancaran Savings Sales, yang dijangka akan diadakan pada esok, 23 Oktober bertempat di The Garden, Midvelly, Bangsar, Kuala Lumpur.

Dari sikap terpuji yang dimilikinya dan seharusnya turut menjadi amalan menteri-menteri lain juga itu dikatakan menjadi antara rahsia utama kejayaannya selama ini. Tidak kiralah sama ada, sebagai pemimpin politik (UMNO) ataupun dalam kerajaan (menteri cabinet) selama ini.

      

  

 

 

Entry filed under: 1. Tags: .

Langkah Azalina dipuji-Rumah terbuka Kementerian Pelancongan berjaya Azalina lancar produk mewah ke 2 untuk tarik pelancongan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

October 2008
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: