Langkah Azalina dipuji-Rumah terbuka Kementerian Pelancongan berjaya

October 21, 2008 at 7:03 pm 3 comments

KUALA LUMPUR -21 Okt: Majlis Rumah Terbuka sempena Zoom! Aidilfitri Kementerian Pelancongan yang diadakan di perkarangan letak kereta, Pusat Pelancongan Malaysia (Matic) Jalan Ampang, hari ini meriah dan berjaya mencapai matlamatnya.

Rata-rata pengunjung yang hadir dalam majlis ini turut memuji langkah yang diambil oleh Menteri Pelancongan Malaysia, Dato’ Sri Azalina Othman Said, yang menjadikan `budaya rumah terbuka aidilfitri’ sebagai salah satu produk baru bagi menarik kedatangan pelancong ke negara ini.

Pada mereka, disamping berjaya mengeneggahkan keindahan budaya masyarakat negara ini yang sudah pastinya mampu menggamit kedatangan pelancong, konsep Zoom! Aidilfitri yang merupakan kesinambungan daripada Pelancongan Agama juga berupaya meletakkan Malaysia sebagai destinasi utama dalam peta pelancongan dunia.

Dalam majlis yang mengeneggahkan menterinya, Dato’ Sri Azalina Othman Said sebagai `tuan rumah’ ini juga telah berjaya menggamit lebih dari 8 ribu pengunjung, yang rata-ratanya terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat, negara, keturunan, bangsa dan juga agama.

Selain kakitangan Kementerian Pelancongan dan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (tourism), majlis yang dimulakan pada jam 11 pagi dan berakhir jam 5.00 petang itu juga turut dihadiri oleh 25 orang anak yatim, warga kota, tetamu jemputan,duta-duta dan juga pelancong dari dalam dan luar negara.

Berkonsepkan santai, setiap pengunjung yang hadir bebas untuk memilih juadah mengikut selera masing-masing dari 28 buah gerai yang disediakan. Dimana, ia mewakili 14 buah negeri yang terdapat di negara ini bersama sajian istimewa mengikut negeri masing-masing.

Lebih meriah lagi, sambil menikmati hidangan yang disediakan oleh pihak penganjur, para pengunjung juga turut dihiburkan dengan beberapa persembahan budaya dan juga artis-artis popular tempatan.

Antara artis yang terlibat membuat persembahan pada majlis anjuran Kementerian Pelancongan dengan kerjasama tourism Malaysia itu termasuklah, Aris Ariwatan, Hattan, Uji Rashid, Khadijah Ibrahim, Hail Amir, Fauziah Nawi, Noryn Aziz dan juga biduanita Datuk Sharifah Aini.


Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

18,000 Pengunjung Meriahkan Rumah Terbuka Azalina Teliti dan ambil berat jadi rahsia kejayaan Azalina

3 Comments Add your own

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

October 2008
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: