18,000 Pengunjung Meriahkan Rumah Terbuka Azalina

October 20, 2008 at 8:23 am 1 comment

18 Oktober, Bandar Penawar – Hampir 18,000 pengunjung membajiri Dewan Serbaguna, Bandar Penawar bagi memeriahkan Majlis Rumah Terbuka YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Parlimen Pengerang. Majlis yang diadakan itu bersempena dengan Zoom! Aidilfitri bagi memperlihatkan kemeriahan sambutan perayaan umat Islam itu.

Walaupun majlis sambutan tersebut dijadulkan bermula pada jam 10.00 pagi, namun perkarangan Dataran Penawar telah mula sesak dikunjungi sejak awal jam 8.30 pagi lagi.

Acaran sambutan Zoom Aidilfitri yang berlangsung dari 10 pagi hingga 3 petang telah menyediakan 50 buah gerai dengan menyajikan pelbagai juadah istimewa terutamanya hidangan tradisional negeri Johor. Antaranya seperti Nasi Beriani Gam, Laksa Johor, Otak-Otak, Air Kathira dan banyak lagi.

Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah marhaban, persembahan kebudayaan seperti kompang berirama, kesenian hadrah, tarian zapin, kuda kepang dan sebagainya. Bagi memeriahkan aturcara majlis, beberapa artis jemputan turut di jemput untuk menyumbngkan beberapa buah lagu. Antara artis jemputan yang hadir bagi menghiburkan para tetamu ialah Mawi, Jamal Abdillah, Noryn Aziz dan Jefrydin.

Di masa yang sama, Azalina turut menggunakan kesempatan itu untuk beramah mesra dan berhari raya dengan para pengunjung disamping menghulurkan sumbangan ‘duit raya’ kepada anak-anak yatim, Orang Kurang Upaya (OKU) dan semua kanak-kanak yang hadir.

Zoom! Adidilfitri merupakan kesinambungan kepada Zoom! Malaysia yang memfokuskan kepada elemen sambutan hari raya aidilfitri sebagai sebahagian daripada produk pelancongan ibadah. Diharapkan dengan adanya program seperti ini, ia dapat membantu mempromosikan kawasan Pengerang serta kawasan sekitarnya termasuk Desaru sebagai destinasi pelancongan yang popular di Malaysia.

Ini kerana, sambutan Hari Raya Aidilfitri di Malaysia mempunyai tradisi unik dengan menampilkan konsep rumah terbuka yang turut disertai oleh semua golongan termasuk bukan Islam. Oleh itu, amalan ini secara tidak langsung dapat menggalakan semangat persaudaraan di kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini serta integrasi nasional.

Di majlis yang diadakan itu, para pelancong asing di lihat berpeluang untuk sama-sama mengalami serta menikmati keunikan budaya masyarakat Malaysia, disamping dapat memahami nilai-nilai toleransi beragama masyarakat Islam yang sebenar.

Beberapa pengunjung yang ditemui mengatakan, kemeriahan sambutan majlis yang diadakan merupakan satu pengalaman yang berharga dan tidak mampu di beli dengan wang ringgit. Mereka juga mengharapkan majlis seumpama ini dapat diteruskan di masa akan datang.

Entry filed under: 1. Tags: .

Langkah Azalina dipuji-Rumah terbuka Kementerian Pelancongan berjaya

1 Comment Add your own

  • 1. Mas  |  October 21, 2008 at 1:30 am

    Selamat Hari Raya Dato’ Sri. Semoga Aidilfitri tahun ini membawa seribu keberkatan serta hikmah terhadap kita semua. InshaAllah.

    Saya di sini ingin melahirkan rintihan terhadap pakej pelancongan bagi mendaki gunung kinabalu yang terlalu mahal.

    i am writing pertaining to the cut-troath price from sutera santuary lodge, mount kinabalu(public recreational area) climbing package.

    1. Before 2008… the Accommodation price only
    RM3/person… then increased to RM12/Person… RM18/person… RM30/person….

    2. Start on the 18th Jan 2008, SUTERA SANCTUARY started selling new package.. Forcing climbers to buy the new package… included the meals…
    the price increase more than 6times…. from RM30/person to RM188/person….

    3. Now, they start selling at RM290/person for Gunting Langadan/non-heater room…. and RM350/person for Laban Rata… for the year of 2009….

    but,

    i am wonders…
    1. How can the Ministry Of Tourism approved this new rate?

    2. Ministry dont know? Not care about the locals? Not care about the Climbers? Not care about Tour Company?

    3. Ministry involve in C……..N???

    PLS TAKE SOME ACTION ON IT??? BN ALREADY LOSE CONFIDENT IN PENINSULAR!!!!! U want SABAH to be the next?

    by the way!!!
    1. Sabah Parks is doing good work to limit the climbing permit, 146/day!
    2. Because they really doing conservation work in The World Heritage- Kinabalu Park…
    3. According to the experts… the carrying capacity of the mount kinabalu only allow 146climbers/day!!!
    GOOD JOB SABAH PARKS!!!

    And,
    1. A lot of tour and travels company cant survive with this new rate!

    2. How can a tour company requet from the guest after confirmed booking or fully paid the tour package fee???
    Eg”Sorry boss, Sutera Sanctuary increase from RM30-188… so our company need to increase another RM160/person in ur package…. i am very sorry for the inconvinient…”

    3. The locals have no more chance to climb MOunt kinabalu- The first World Heritage in Malaysia!!! because of the BURDEN accommodation package!!!
    MOST OF THE NEW ESTABLISH COMPANY WILL FACE BANKRUPCY!!!

    SSL bring more rubbish into the park than the improvement in facilities… because selling new package with Pack lunch which is included… plastic, Tapperware, aluminium foil, plactic water Bottle with the Sutera Sanctuary Brand, 100plus tin……

    PLS TAKE INTO ACCOUNT THAT MOUNT KINABALU IS NOT BELONGS TO SUTERA SANCTUARY OR SUTERA HABOUR!!!!!!!!!!!!!!
    IT IS BELONGS TO ALL MALAYSIAN…. AND ALSO ALL MANKIND!!!

    STGA(Sabah Tourist Guide Association):
    1. What is ur comment?
    2. No action taken?
    3. How can the Tourist Guide survive?
    WHAT FOR FORMING UP A ASSOCIATION AND NO ACTION TAKEN???

    For more info. , http://mount-kinabalu-borneo.com/blog/sutera-sanctuary-lodges-the-biggest-rip-off-merchants-in-asia.html

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

October 2008
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: