Kuala Lumpur Destinasi Popular Pelancong

October 14, 2008 at 8:50 am 3 comments

azalina-ecopelancongan

13 Oktober, Kuala Lumpur – Lima negeri yang menjadi pilihan utama pelancong asing di negara ini ialah Wilayah Persekutuan, Pahang, Perak, Pulau Pinang dan Johor. Menteri Pelancongan, YB Dato’ Seri Azalina Othman Said berkata, Kuala Lumpur mencatatkan kemasukan pelancong seramai 2,736,124 orang, Pahang (2.248 juta), Perak (1.211 juta), Pulau Pinang (938,273 orang) dan Johor (814,305 orang).

Katanya, lima negeri pilihan utama di kalangan pelancong domestik pula ialah Pahang (4.183 juta orang), Kuala Lumpur (2.336 juta), Perak (2.094 juta), Johor (1.718 juta) dan Sarawak (1.421 juta).

“Pahang pula menjadi destinasi utama pilihan pelancong domestic. Beliau berkata tempat eko pelancongan seperti Genting Highlands menyumbang kepada 60 peratus kehadiran pelancong di Pahang.

”Jumlah hasil pendapatan yang diperolehi daripada industri pelancongan pada tahun lalu adalah sejumlah RM47.5 bilion,” katanya ketika menjawab soalan lisan Datuk Ismail Abd. Muttalib (BN-Maran) pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya, destinasi pelancongan paling popular ialah Menara Berkembar Petronas (KLCC), Taman Tema Sunway Lagoon, Batu Ferringhi, Pulau Langkawi, Pulau Pangkor, Arked Niaga Padang Besar, Pantai Cahaya Bulan, Pulau Perhentian, Genting Highlands, Port Dickson, Kota A’Famosa, Danga Bay, Muzium Marin Labuan, Taman Kinabalu dan Kuching Waterfront.

Menjawab soalan tambahan Siti Zailah Mohd. Yusoff (Pas-Rantau Panjang), Azalina berkata, Kementerian Pelancongan tidak terlibat dalam mengkaji kesan budaya negatif akibat kemasukan pelancong asing.

“Kalau dilihat pelancong dari Timur Tengah di negara ini semakin ramai ke tempat pelancongan seperti di tepi pantai atau pelancongan air. Mungkin ekspetasi pemaju hotel, mereka yang hendak berenang… pakai baju renang tetapi apa yang berlaku sekarang ini tuan punya premis penginapan tidak menegur pakaian mereka yang berjubah masuk swimming pool,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, tidak banyak aktiviti negatif dikesan daripada kedatangan pelancong asing itu kerana pelancong dari Asia Barat selalunya membawa keluarga mereka bersama manakala pelancong China dan India pula lebih cenderung membawa keluarga untuk melawat saudara mara di negara ini.

Pelancong dari Barat pula, katanya, datang ke Malaysia untuk menikmati aktiviti-aktiviti yang bertemakan eko pelancongan.

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: , , , , , , , , .

500 pelajar sertai 3P di Felda Semenchu

3 Comments Add your own

  • 1. Hashib Zaman Hazarika  |  October 17, 2008 at 12:35 pm

    Mam,
    Hi, I am Hashib. I am very much intersted to know about MALAYSIA. But above mentioned I am not able to know. Help me in this regards.

    Thank’s and regards

    Hashib.

    Reply
  • 2. fardieh  |  October 18, 2008 at 5:32 pm

    Hello Dear Sir/ Madam

    to whom it may concern

    hereby i am ms,fardieh PhD student in Malaysia, would like to doing my research on tourism in Malaysia, here is surely my second land and this issue is my favorite. i would like to have contact with someone in your esteem ministry if it is possible. would you please guide me how can i have any -email to contact with any person in charge in the ministry of tourism?

    best regards
    farideh

    Reply
  • 3. Axxu  |  October 19, 2008 at 10:32 am

    I very appreciate Dato’ have put your effort to promote Malaysia tourism industries to the world. However, my family have a very bad experience when their travel to KL because their belongings were stolen in a Hotel ( Hotel Sri Petaling)

    However, the CCTV is not work, police is not concern our report, I feel very disappointed that this case have spoiled the image of Malaysia’s tourism industries where Dato have worked so hard on this.

    Could you please put your concern on this case or issues? I not hope this happened to another victim again. Indeed, the biggest victim is Malaysia Tourism Board.

    Thank you,
    Axxu

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

October 2008
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: