Pelancongan pelajar diperluas

October 13, 2008 at 10:13 am 1 comment

12 Oktober, Kota Tinggi – Kementerian Pelancongan akan memperluaskan Program Pelancongan Pelajar (3P) ke seluruh sekolah di negara ini bagi membolehkan perpaduan dan integrasi nasional menerusi pelancongan dapat diterjemahkan di kalangan pelajar secara menyeluruh.

Menterinya, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, berdasarkan tiga program yang diadakan sejak 2006 hingga kini melibatkan 1,800 pelajar, ia berjaya membentuk generasi yang mempunyai pandangan dan pengetahuan luas dalam bidang pelancongan.

Pada 2006, seramai 600 pelajar terpilih menyertai program itu di Port Dickson, Negeri Sembilan disusuli tahun lalu dengan 680 pelajar dari seluruh negara menyertai Inap Desa Benghuris, Kampung Sungai Pelek di Sepang, Selangor.

“Pada tahun ini, kita pilih 500 pelajar bagi menyertai Inap Desa Felda Semenchu di sini, yang melibatkan 100 keluarga iaitu mereka akan menikmati kemudahan asas yang serba lengkap.

“Berdasarkan maklum balas, menerusi program ini para pelajar dapat meningkatkan tahap kesedaran tentang industri pelancongan, memupuk semangat cintakan tanah air, memupuk budaya melancong di kalangan pelajar, menghindari masalah sosial dan yang amat penting mewujudkan perpaduan dan mengeratkan integrasi kaum,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Program Pelancongan Pelajar 2008, Inap Desa Felda Semenchu yang berlangsung selama enam hari mulai semalam, di sini hari ini.

Turut hadir pada program anjuran bersama Kementerian Pelancongan dan Kementerian Pelajaran itu ialah Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran, Zulkifli Mohd. Wazir dan Pengarah Pelajaran Johor, Sufaat Tumin.

Azalina yang juga Ahli Parlimen Pengerang berkata, penganjuran program seumpama itu diharap dapat memberi pendedahan kepada pelajar mengenai budaya masyarakat tempatan serta pengalaman hidup di kampung.

“Berdasarkan pengamatan, saya juga dapati pelajar yang menyertai program itu mempunyai keyakinan tinggi terutama apabila bergaul bersama pelajar pelbagai kaum dan masyarakat umum,” katanya.

Menurutnya, melalui program itu secara tidak langsung membantu penduduk tempatan membangunkan kawasan tersebut agar maju dan berdaya saing dalam apa jua keadaan.

Justeru, beliau menyeru para pelajar mengambil kesempatan untuk menimba lebih banyak pengalaman dan pengetahuan menerusi program 3P itu kerana ia merupakan saluran paling mudah bagi mereka mempelajari perbezaan budaya, kepercayaan, bahasa, kemajuan dan adat istiadat antara satu sama lain.

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: , , , , , , .

Salam Aidilfitri 500 pelajar sertai 3P di Felda Semenchu

1 Comment Add your own

  • 1. luna  |  October 14, 2008 at 7:16 am

    KOTA TINGGI? emmmm tempat kak aza lagi. xde tempat lain ke kak aza oi????

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

October 2008
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: