500 pelajar sertai 3P di Felda Semenchu

October 13, 2008 at 10:15 am 4 comments

13 Oktober, Kota Tinggi – Seramai 500 pelajar dari seluruh negara menyertai Program Pelancongan Pelajar (3P) 2008 di Inap Desa Felda Semenchu selama enam hari, bermula semalam.

Setiausaha Bahagian Perkhidmatan Pelancongan Kementerian Pelancongan, Sulaiman Harmain Shah berkata, menerusi program itu para pelajar berkenaan akan menginap bersama 100 keluarga di Felda Semenchu di sini.

Menurutnya, semasa menjalani program itu mereka akan menyertai pelbagai aktiviti termasuk seminar kerjaya, lawatan produk, ceramah, pertandingan buku skrap, kuiz 3P, kursus, latihan berkaitan pelancongan dan keusahawanan.

“Antara matlamat program ini adalah meningkatkan tahap kesedaran para pelajar tentang industri pelancongan, memupuk semangat cintakan tanah air, menghindari masalah sosial dan mewujudkan perpaduan serta mengeratkan integrasi kaum.

“Ini kerana menerusi program ini kita telah memilih pelajar pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India dengan harapan mereka memahami tentang adat, budaya serta kepercayaan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri pelancaran program berkenaan oleh Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said di sini hari ini.

Sulaiman berkata, kejayaan penganjuran dan penyertaan para pelajar itu juga mencerminkan penekanan diberikan penganjur dan pelajar untuk mewujudkan masyarakat bermaklumat khususnya dalam industri pelancongan.

Katanya, maklumat itu amat berguna dalam menyemai semangat cintakan negara dan seterusnya menyemarakkan lagi industri pelancongan negara.

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: , , , .

Pelancongan pelajar diperluas Kuala Lumpur Destinasi Popular Pelancong

4 Comments Add your own

  • 1. luna  |  October 14, 2008 at 7:15 am

    mentang2 kak aza kita ni parlimen pengerang..so asyik buat kat kawasan dia je la? buhsannnn la

    Reply
  • 2. Kamal  |  October 17, 2008 at 5:20 am

    kalau buat kat kalimantan orang lain komplen plak, cakap ‘kera di hutan di susukan, anak kat rumah mati kelaparan”.. mungkin awak kurang baca surat kabar kot? tempat2 lain pon Dato’ naikan taraf tempat perlancongan ler…cuba semak2 kat akhbar..

    Reply
  • 3. imah  |  November 12, 2008 at 4:03 am

    tlg skit cik kamal…
    x bace ker…
    semenchu memg best…

    Reply
  • 4. ayumayau  |  November 18, 2008 at 12:59 am

    SEMenChu MeMaNg BeSt……….

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

October 2008
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: