Sambutan Rumah Terbuka di PWTC Meriah – Azalina

October 4, 2008 at 6:26 am 1 comment

azalina-najib

2 Oktober, Kuala Lumpur – Amalam rumah terbuka seakan telah sinonim dengan masyarakat Malaysia apabila tibanya musim perayaan. Bersempena dengan ketibaan 1 Syawal semalam, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said telah mengambil kesemptan itu untuk turut sama hadir bagi memeriahkan ‘Majlis Rumah Terbuka’ YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri-Menteri Kabinet di PWTC semalam.

Majlis yang bermula seawal jam 10.00 pagi itu turut dihadiri oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri. Tidak ketinggalan wakil dari kedutaan asing seperti China, Arab Saudi serta para pelancong juga hadir bagi merasai kemeriahan sambutan Aidilfitri di negara ini.

Dianggarkan hampir 100,000 ribu pengunjung telah membanjiri perkarangan PWTC untuk menyambut lebaran ini bersama-sama dengan pemimpin tanahair. Majlis yang pada mula dijadualkan berakhir pada jam 4.30 petang itu terpaksa dilanjutkan sehingga ke jam 6.00 petang.

Ini adalah merupakan kali yang kedua, ‘Rumah Terbuka Aidilfitri’ Perdana Menteri dan menteri Kabinet di PWTC diadakan serentak dengan Rumah Terbuka Aidilfitri peringkat Kebagsaan.

Rata-rata pengunjung yang ditemui juga melahirkan rasa kagum dengan kemeriahan sambutan hari raya di Malaysia. Walaupun hidup di dalam masyarakat yang berbilang kaum dan adat resam, keamanan dan permuafakatan yang ditunjukkan wajar diberikan pujian.

Adam Chiu, 43 dari China yang pertama kali menjejaki kaki di negara ini berkata rakyat negara ini begitu beruntung kerana mempunyai kerajaan yang cekap dalam mentadbir, dengan kepelbagaian yang ada (agama dan budaya) masyarakat masih mampu hidup aman sentosa.

Andre Mcoban, 29 dari Australia pula mengatakan beliau merasa amat bertuah kerana dapat merasai sendiri kemeriahan sambutan perayaan ini. Ternyata sambutan ini merupakan salah satu dari produk pelancongan yang menarik untuk pelancong seperti dirinya.

Jihad Bibi, 45 petugas di PWTC mengatakan kerinduan untuk berhari raya bersama keluarga terubat apabila melihat kemeriahan sambutan yang diadakan di PWTC ini. Walau agak sayu apabila mendengar launggan takbir di awal pagi, namun perasaan itu semakin hilang apabila melihat lautan pengungjung yang diputus-putus.

YB Dato’ Sri Azalina Othman Said yang juga merupakan Menteri Pelancongan mengatakan, sambutan yang diberikan oleh orang ramai amat mengalakkan. Ini terbukti dengan kehadiran pengunjung yang tidak putus dari pagi hinggalah ke petang.

“Para pelancong asing turut mengambil kesempatan dengan adanya sambutan yang diadakan ini.

Entry filed under: 1. Tags: , , , , , , .

Kempen Pengiklanan Untuk Kepentingan Semua – Azalina Salam Aidilfitri

1 Comment Add your own

  • 1. Hashib Zaman Hazarika  |  October 18, 2008 at 4:33 am

    Hi, what it mean in the photgraph.Hope some religious function or weeding ceremony. Don’t know. Have a time then tell me. I am intersted to know.

    Thank’s and Regards,
    HASHIB

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

October 2008
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: