Kempem Pengiklanan ZOOM! Malaysia di Lancarkan.

September 29, 2008 at 4:34 am Leave a comment

28 September, Kuala Lumpur – Satu Majlis Pelancaran kempen Pengiklanan Zoom Malaysia di LRT dan Bas telah disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said padi tadi. Majlis yang di adakan di stesyen LRT (STAR) PWTC bertujuan untuk menggiatkan lagi promosi kempen pelancongan domestik – Zoom Malaysia. Kempen pengiklanan luaran (outdoor advertising) tersebut akan di jalankan selama enam bulan bermula dari Oktober 2008 hingga Mac 2009.

Turut hadir ketika perasmiaan tersebut ialah Ketua Setiausaha, Ketua-Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Pengarah Promosi dan Perancangan Kementerian Pelancongan serta Pengarah-Pengarah Bahagian Tourism Malaysia.

Sejurus selepas melancarkan kempen tersebut, Azalina telah meluangkan sedikit masa untuk menaiki LRT Star bersama para jemputan dari stesyen PWTC ke stesyen Bandaraya. Selesai menaiki LRT, Azalina telah mengunakan perkhidmatan bas RAPID KL menuju ke PWTC.

Dengan mengunakan teknik peiklanan body wrapping, kempen pengiklanan tersebut melibatkan pengangkutan awam termasuk teksi limo lapangan terbang, bas Rapid KL dan Transnasional, LRT (Ampang Line dan Kelana Jaya Line) dan KL Monorail.

Pelancaran pengiklanan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan yang menyeluruh terhadap produk, aktiviti dan destinasi yang menarik kepada rakyat Malaysia dan pelancongan asing.

Kempen pengiklanan ini akan melibatkan 50 buah teksi limo lapangan terbang di Kota Kinabalu, Sabah ; 50 buah teksi limo lapangan terbang di Kuching, Sarawak ; 100 buah bas ‘Intra-City di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya ; dan 100 buah bas Inter-City di 10 buah negeri di Semenanjung Malaysia. Di samping itu, iklan-iklan tersebut juga dapat di lihat di tren LRT (Ampang Line dan Kelana Jaya Line) dan KL Monorail.

Ia adalah merupakan salah satu dari usaha yang dijalankan oleh pihak Kementerian Pelancongan untuk mengukuhkan pembangunan pelancongan domestik. Di samping mengalakkan intergrasi nasional, ia juga bertujuan untuk merangsang rakyat Malaysia agar merancang percutian dan menerokai pelbagai tarikan pelancongan yang terdapat di negara sendiri.

 

 

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: , , , , , , , , .

Menteri Pelancongan Mengharapkan Singapura-Malaysia Mengunakan Sistem yang lebih terbuka Kempen Pengiklanan Untuk Kepentingan Semua – Azalina

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

September 2008
M T W T F S S
« Aug   Oct »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: