Zoom! Jualan Hari Raya Waktu Tengah Malam Di Johor Baharu Berjaya

September 28, 2008 at 9:22 am Leave a comment

28 September, Johor Baharu – Jualan hari raya, “Zoom! Hari Raya Midnite Sale Johor Baharu” anjuran Pelancongan Malaysia di Plaza Angsana di sini tengah malam tadi mencapai kejayaan bila ia menarik lebih seribu pengunjung tempatan dan Singapura membeli belah terutama untuk persiapan menyambut perayaan Aidilfitri.

Acara untuk hanya satu malam itu yang bersifat “experimental” dari 10 malam hingga 2.00 pagi yang dipromosi begitu agresif menyebabkan kesesakan teruk di jejambat berhampiran hingga pemandu mengambil masa 45 minit untuk sampai ke tempat parkir plaza berkenaan.

Jelas gembira dengan kejayaan itu, Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said berkata jualan sedemikian akan diperluas meliputi festival lain demi menggalakkan industri pelancongan, sumber pendapatan kedua terbesar negara.

“Melihat kepada respons, saya fikir acara ini berjaya dan kami sudahpun membuat perancangan untuk meliputi festival-festival lain pada masa depan,” kata Azalina selepas merasmikan jualan itu.

Jualan serupa diadakan serentak di Geylang, Singapura.

Azalina menggesa pihak berkuasa berkenaan memudahkan kemasukan pelancong Singapura ke Johor Baharu dengan tidak memerlukan mereka menggunakan pasport.

Beliau berkata pendekatan lebih terbuka seperti dilakukan negara-negara anggota Kesatuan Eropah perlu digalakkan tanpa mengetepikan keselamatan negara.

Kira-kira 100 gerai menjual pelbagai juadah perayaan didirikan di luar bangunan Plaza Angsana. Ada penjual yang menawarkan diskaun bagi barangan mereka hingga 75 peratus.

Acara itu berjalan serentak di kompleks beli belah Kotaraya dan Aeon Tebrau City di sini.

 

 

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: , , , , , , , , , , .

Kemasukan pelancong asing tidak terjejas – Azalina Menteri Pelancongan Mengharapkan Singapura-Malaysia Mengunakan Sistem yang lebih terbuka

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

September 2008
M T W T F S S
« Aug   Oct »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: