Menteri Pelancongan Mengharapkan Singapura-Malaysia Mengunakan Sistem yang lebih terbuka

September 28, 2008 at 1:02 pm Leave a comment

28 September, Johor Baharu – Melalui statistik yang dikeluarkan, sektor pelancongan negara ini dilihat sebagai satu sektor yang perlu di beri perhatian yang menyeluruh dan lebih terbuka. Ini kerana ia adalah merupakan penyumbang kedua terbesar negara berbanding sektor-sektor-sektor lain.

Azalina ketika memberikan kenyataan sidang akhbarnya sejurus selepas merasmikan Zoom! Hari raya Midnite Sale di Johor Baharu semalam menegaskan terdapatnya peningkatan kemasukkan pelancongan asing dari Singapura melalui Link-2. Ketika ini, pelancongan asing yang ingin memasuki ke Malaysia hanya mengunakan jalan darat (keretapi dan kenderaan bermotor) dan udara (kapalterbang).

Oleh yang demikian, Azalina amat mengharapkan pihak kerajaan dapat menimbangkan untuk membuka semula laluan air untuk dijadikan sebagai pintu masuk alternatif ke negara ini. Menteri Pelancongan merangkap Ahli Parlimen Pengerang itu berpendapat sekiranya laluan meluai Desaru, Tioman, Mersing dan sebagainya dibuka penambahan pelancongan dapat ditingkatkan lagi.

Ini kerana dengan pengunaan jalan laut sebagai jalan alternatif, kesesakkan di Tambak Johor dilihat dapat dikurangkan sekaligus mampu menambahkan kemasukkan pelancong. Seterusnya Azalina mengharapkan agar pihak kerajaan dapat mewujudkan sistem yang lebih terbuka bagi memudahkan kemasukkan dari Singapura.

“Bagi saya ini adalah satu pendekatan yang lebih baik, kita mesti mewujudkan perjalaan yang lebih terbuka contohnya dengan tidak mengunakan passport” katanya.

Dengan mengmbil Kesatuan Eropah sebagai ontoh, Azalina memaklumkan mana-mana negara yang menjadi ahli untuk Kesatuan Eropah tiada pengunaan passport yang diperlukan.

“Mereka mengunakan kemasukkan khas, ini kerana gerakan keluar masukyang dilakukan dilihat lebih constent (kerap), dan dalam masa sebulan hampir saban hari akan mereka kelaur masuk dari satu negara ke satu negara yang lain” katanya lagi.

Dengan mengambil kira hubungan Malaysia-Singapura yang begitu rapat, seharusnya sistem yang lebih mudah dapat digunapakai agar mereka yang ingin ke Malaysia tidak perlu melalui prosedur seperti mana lazimnya.

Setelah 51 tahun merdeka, Malaysia dilihat wajar mengunakan satu pendekatan yang lebih mudah dan tersusun. Sebagai penyumbang sebanyak 50% dari jumlah keseluruhan pelancongan ke negara ini adalah perlu untuk pihak kerajaan memikirkannya semula langkah dan cara yang sewajarnya.

 

 

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: , , , .

Zoom! Jualan Hari Raya Waktu Tengah Malam Di Johor Baharu Berjaya Kempem Pengiklanan ZOOM! Malaysia di Lancarkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

September 2008
M T W T F S S
« Aug   Oct »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: