Daftar Inap Desa di Laman Web – Azalina

September 26, 2008 at 3:17 am 1 comment

KUALA LUMPUR 24 Sept :Menyedari homestay mampu memberikan pulangan yang baik kepada negara, disamping mampu menggamit kedatangan pelancong luar ke negara ini berulangkali, Kementerian Pelancongan kini telah membangunkan sebuah laman web khusus berkaitan industri tersebut.

Majlis pelancaran laman web http://www.homestay.motour.gov.my itu telah disempurnakan sendiri pelancarannya oleh Menteri Pelancongan, Dato’ Sri Azalina Othman Said, di Hotel Concord, semalam.

Menurut Azalina, Operator homestay (inap desa) kini boleh mendaftar dengan Kementerian Pelancongan di laman web yang menjadi platform kepada pengusaha inap desa yang antara lain untuk menjual pakej mereka kepada pelancong dalam dan luar negara.

Menurutnya, setiap permohonan mengambil masa antara tiga hingga enam bulan untuk mendapatkan kelulusan.

Katanya, tahun lepas program inap desa menjana pendapatan RM4.9 juta.

“Mereka (operator) perlu mematuhi beberapa syarat semasa proses pendaftaran termasuk mengikuti kursus asas inap desa serta menjalani pemeriksaan rumah.

“Panel pemeriksa terdiri daripada Kementerian Kesihatan, pihak berkuasa tempatan, Kementerian Pelancongan, Persatuan Homestay dan wakil Majlis Tindakan Pelancongan Negeri,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Zoom! Homestay 2008 di sini hari ini.

Kemudahan inap desa membolehkan pelancong tinggal bersama keluarga tuan rumah yang dipilih dan berpeluang berinteraksi serta merasai cara hidup seharian keluarga berkenaan dan kebudayaan Malaysia secara langsung.

Sehingga kini, 2,808 peserta dari 142 kampung di seluruh negara melibatkan diri dengan program inap desa.

Azalina menambah, kementeriannya bercadang menambah sekali ganda bilangan inap desa yang sedia ada.

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

Lebih banyak iklan ‘online’ mempromosikan Malaysia – Azalina Pengusaha Pelancongan Perlu Saling Membantu Dan Bukannya Bersaing – Azalina

1 Comment Add your own

  • 1. Stanley Teoh Boo Siew  |  October 10, 2008 at 11:37 am

    Dear YB,
    I am a frequent traveller around Malaysia. Throughout all these years, I noticed there is NO street maps ( other than for the state capitals) of many MAJOR towns. Eg. I could not find any map of Batu Pahat in PJ bookstores. I intend to go there for a wedding reception soon ,as well as stay over night.As such I need to know where to stay and which hotel.
    Perhaps you can get the relevant people in your ministry to look into this. I believe many others will be interested too.
    Rgds.
    Stanley Teoh.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

September 2008
M T W T F S S
« Aug   Oct »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: