Lebih banyak iklan ‘online’ mempromosikan Malaysia – Azalina

September 24, 2008 at 1:59 am 2 comments

KUALA LUMPUR, 23 Sept : Tourism Malaysia akan menggunakan lebih banyak iklan melalui online bagi mempromosi negara ini sebagai destinasi percutian pilihan di seluruh dunia, kata Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata dengan Internet menjadi media pilihan kepada banyak pengembara, iklan online akan menarik pengembara berpotensi dan meningkatkan pertimbangan dan pemilihan mereka ke atas Malaysia sebagai destinasi yang berbaloi dengan harga.

“Tahun lepas, kita berbelanja hampir RM200juta untuk pengiklanan di papan iklan, majalah, surat khabar, radio dan televisyen di seluruh dunia. Tetapi untuk tahun depan kita akan memperuntukkan sebahagian daripada belanjawan untuk iklan Internet.

“Ia lebih murah daripada iklan tradisional atau konservatif. Beritanya lebih cepat, berkesan dan boleh disahkan dengan segera,” katanya selepas melancarkan kempen iklan online Tourism Malaysia.

“Pelancong yang berpotensi akan dapat melihat apa itu Malaysia sebenarnya dalam sekelip mata dan akan tahu bahawa Malaysia masih aman,” katanya.

Kempen yang bermula bulan ini sehingga Disember itu dianjurkan bersama oleh Tourism Malaysia dengan Yahoo dan MSN dengan mensasarkan pasaran Oceania dan India.

Azalina berkata matlamatnya adalah untuk mencapai 12 juta orang di India dan 17 juta di Oceania.

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

Azalina Lancar ZOOM Ramadhan Peringkat Negeri Perak Daftar Inap Desa di Laman Web – Azalina

2 Comments Add your own

  • 1. QuaChee  |  September 25, 2008 at 6:30 am

    i believe that this is a good strategy. the online presence has a good outreach & is good tool to let our country be known to a wide audience🙂

    Reply
  • 2. Bannie  |  October 4, 2008 at 1:05 pm

    Me to,same thought as Qua Chee….

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

September 2008
M T W T F S S
« Aug   Oct »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: