Azalina Lancar ZOOM Ramadhan Peringkat Negeri Perak

September 24, 2008 at 1:58 am Leave a comment

22 September, Larut – Perasmian ZOOM! Ramadhan peringkat negeri Perak telah disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said semalam. Program yang bermula pada jam 4.00 petang itu telah dimulakan dengan pelbagai aktiviti yang menarik bertempat di Batu Kurau, Larut.

Antara majlis yang telah diadakan bagi menyerikan aturcara sambutan ialah taklimat mengenai peluang-peluang yang bermanfaat untuk penduduk setempat melalui industri pelancongan. Tidak ketinggalan ceramah agama bertajuk ‘Kelebihan Malam Lailatul Qadar’ yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Yusof Ismail.

Majlis yang diadakan pada petang itu adalah merupakan anjuran Majlis Tindakan Pelancongan (MTPN) Perak dengan kerjasama Tourism Malaysia dan Kementerian Pelancongan Malaysia. ZOOM! Ramadhan ini adalah merupakan kesinambungan kepada promosi ZOOM! Malaysia yang memfokuskan kepada elemen bulan Ramadhan sebagai sebahagian daripada produk pelancongan ibadah.

ZOOM! Ramadhan adalah merupakan satu produk pelancongan yang unik kerana aktiviti dan suasana kemeriahan bulan Ramadhan di Malaysia sedikit sebanyak berbeza dengan negara-negara lain. Ianya bagi mengalakkan para pelancong untuk mengalami dan menikmati warisan alam semulajadi dan sejarah yang unik serta sosio budaya yang pelbagai.

Turut hadir pada majlis yang diadakan pada petang itu ialah Ybhg Dato Razali Haji Mohd Daud, Timbalan Ketua Pengarah, Tourism Malaysia.

Semasa menyampaikan ucapan perasmian, Azalina telah menyentuh beberapa aspek yang perlu dititik beratkan bagi menarik dan menambah bilangan pelancong ke negeri Perak.

Perasmian ZOOM! Ramadhan kali ini adalah merupakan perasmian yang ketiga di peringkat negeri selepas Johor dan Kelantan. Seperti yang pernah ditegaskan sebelum ini, Kementerian Pelancongan sama sekali tidak akan mengabaikan serta mempromosikan negeri-negeri yang tidak diperintah oleh kerajaan persekutuan.

Ini kerana menurut beliau, walaupun pilihanraya yang lalu telah merubah stuktur politik di beberapa buah negeri, namun itu bukanlah alasan untuk membalas dendam. Namun apa yang paling penting ialah menjadikan Malaysia sebagai salah satu destinasi pelancongan yang utama di samping mengalakkan sektor pelancongan domestik.

Sejurus setelah berlangsung acara perasmian, para jemputan telah dihidangkan dengan juadah berbuka puasa dan diikuti dengan solat Maghrib, Isyak dan terawih secara berjemaah.

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

HOMESTAY BUKAN PRODUK KEKAMPUNGAN – AZALINA Lebih banyak iklan ‘online’ mempromosikan Malaysia – Azalina

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

September 2008
M T W T F S S
« Aug   Oct »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: