HOMESTAY BUKAN PRODUK KEKAMPUNGAN – AZALINA

September 23, 2008 at 12:26 am 1 comment

20 September, Pasir Puteh – Bertempat di Sekolah Kebangsaan Bukit Jawa 2, Pasir Puteh Kelantan Menteri Pelancongan, YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, telah merasmikan Penubuhan Persatuan Homestay Peringkat Negeri Kelantan.

Majlis yang diadakan pada petang itu telah dihadiri oleh YB Tn Hj Abdul Aziz Derashid, Pengerusi MTPN Kelantan, Amiruddin Abu, Timbalan Ketua Pengarah, Tourism Malaysia dan Mohd Nasir Mustapha, Pengerusi Persatuan Homestay Kelantan. Turut hadir di majlis tersebut wakil-wakil pengusaha homestay, para pegawai dari Kementerian Pelancongan dan Tourism Malaysia serta penduduk setempat.

Ketika menyampaikan ucapan perasmian YB Dato’ Sri Azalina Othman Said telah menyelar segelintir pihak yang mengkelaskan produk homestay sebagai produk kekampungan.

“Produk Homestay seharusnya tidak dilihat sebagai satu produk kekampungan, tetapi seharusnya dilihat sebagai satu produk yang boleh meningkatkan dan memajukan ekonomi penduduk khasnya di luar bandar” katanya.

Menurut Azalina juga, taraf hidup sosial dan pembangunan warga desa dapat dipertingkatkan sekiranya mereka menceburi bidang ini secara serius kerana ia merupakan satu pelaburan yang menguntungkan, mempunyai potensi besar dan berdaya maju.

Azalina turut melahirkan harapan beliau, agar rakyat Kelantan yang menyertai program homestay dapat memajukan lagi produk ini, supaya ia mampu menjadi satu produk yang terkenal dan boleh dibanggakan.

Majlis yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan Pelancongan, Negeri Kelantan dan Tourism Malaysia (Kelantan) ini bersempena dengan Tahun Melawat Kelantan 2008. Sehingga kini terdapat lebih daripada 13 buah homestay yang berdaftar dengan pihak kementerian di Kelantan.

Antara yang popular ialah seperti Bukit Jering (Jeli), Renok Baru (Gua Musang), Nelayan Pantai Suri (Tumpat), Kampung Kemunchup (Marang), Kampung Pak Rahmat (Peringat) dan Blok Ulu Kusial (Tanah Merah).

Di majlis yang sama Azalina turut menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta ‘Program Homestay peringkat Negeri Kelantan’. Sejurus selepas majlis perasmian Azalina telah meluangkan masa untuk menghadiri majlis berbuka puasa bersama penduduk sekitar. Majlis yang diadakan itu berakhir sejurus selepas solat Maghrib yang diadakan secara berjemaah.

Entry filed under: 1. Tags: , , , , .

Menggamit Pelancong Dengan Produk Mewah Azalina Lancar ZOOM Ramadhan Peringkat Negeri Perak

1 Comment Add your own

  • 1. Abd.Aziz Bin Bulin  |  September 24, 2008 at 1:07 pm

    Syabas kepada pengusaha program homestay negeri Kelantan
    kerana telah dapat menjemput menteri pelancongan kita merasmikan persatuan homestay negeri anda,bagaimana di negeri-negeri lain yang belum bergerak kearah yang sama khasnya di Pulau Pinang program homestay yang telah wujud selama ini masih belum menjadi titik nota bilakah perasmianya akan di langsungkan.Walaupun pelbagai promosi serta sudah bersedia dengan segala kelengkapan dan kemudahan yang di sunting kepada semua peserta program namum di harap MTPN P.Pinang dapat memberi penuh tumpuan terhadap program ini.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

September 2008
M T W T F S S
« Aug   Oct »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: