Zoom Ramadhan Pengerang 2008 Dapat Pujian Azalina

September 17, 2008 at 3:59 am 1 comment

Penganjuran Zoom Ramadhan bukanlah satu pembaziran kerana ia merupakan satu program yang baik dan dijangka mampu menarik lebih ramai lagi pelancong datang ke negara ini, tegas Menteri Pelancongan, Dato’ Sri Azalina Othman Said dalam ucapanya ketika melancarkan program Zoom Ramadhan Pengerang 2008, 14 Septemberbaru-baru ini.

Menurut Azalina, program anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia dan Tourism Malaysia ini diadakan dengan tujuan untuk mempromosikan sambutan bulan ramadhan dan perayaan Aidilfitri sebagai produk pelancongan ibadah.Tambah beliau, Zoom Ramadhan Pengerang 2008 juga merupakan kesinambungan kepada kempen promosi pelancongan domestik iaitu Zoom Malaysia.

Menurut Azalina, program anjuran Kementerian Pelancongan Malaysia dan Tourism Malaysia ini diadakan dengan tujuan untuk mempromosikan sambutan bulan ramadhan dan perayaan Aidilfitri sebagai produk pelancongan ibadah.Tambah beliau, Zoom Ramadhan Pengerang 2008 juga merupakan kesinambungan kepada kempen promosi pelancongan domestik iaitu Zoom Malaysia.

Memandangkan kawasan Pengerang amat kaya dengan pelbagai tarikan pelancongan dan pernah terkenal sebagai lokasi pelacongan paling digemari satu ketika dahulu, adalah antara alasan mengapa Program Zoom Ramadhan pada kali pertama ini diadakan di kawasan Bandar Penawar.

“Saya berharap menerusi program ini mampu dijadikan platform untuk menarik lebih ramai lagi pelancong luar terutamanya dari negara-negara jiran untuk menjadikan negara kita sebagai destinasi kegemaran mereka.

“Saya juga percaya, menerusi program ini juga mampu menjadikan pelancongan ibadah sebagai satu jambatan yang baik untuk memperkenalkan destinasi di Malaysia kepada pelancong-pelancong luar dan juga dalam negari. Disamping itu, ia dapat memperkenalkan kraftangan dan juga aneka makanan Malaysia menerusi bazaar ramadhannya.

“Jadi saya saran kepada pihak-pihak terbabit terutamanya kepada penggiat industri pelacongan negara agar turut mengadakan program seumpamanya ini di negari masing-masing pada tahun-tahun akan datang,” ujar Azalina.

Program Zoom Ramadhan yang berlangsung selama tiga hari iaitu bermula dari 13 hingga 15 September 2008 itu turut diserikan dengan kehadiran Tengku Mahkota Johor, Tengku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar Al-haj.

Sebagai acara kemuncak, program yang mendapat kerjasama daripada JAKIM dan RTM turut mengadakan rakaman program Forum Perdana Ehwal Islam yang telah dilangsungkan pada 14 September 2008 bertempat di Masjid Al-Syifa’ Bandar Penawar.

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: , , , , , , , , , , , , , , , .

Walaupun Kepenatan, Azalina Tetap Tidak Hampakan Penduduk Menggamit Pelancong Dengan Produk Mewah

1 Comment Add your own

  • 1. Raja Firdaus  |  September 18, 2008 at 1:41 am

    Alhamdulillah.. semua berjalan dengan lancar.. sayang nya sy tak dapat nk join karnival ini..🙂

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

September 2008
M T W T F S S
« Aug   Oct »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: