Menggamit Pelancong Dengan Produk Mewah

September 17, 2008 at 5:25 am 3 comments


KUALA LUMPUR, 16 Sept: Malaysia
mensasarkan untuk menarik lebih ramai pelancong berada, terutamanya dari rantau Asia, dengan menjadikan produk mewah harga kompetitif sebagai tarikan kerana langkah itu dapat membantu menjana pendapatan besar kepada negara, kata Menteri Pelancongan Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini.

Beliau berkata pelancong asing, terutama dari Asia, akan mendapati kebanyakan produk mewah di Malaysia, seperti barangan kemas dan jam tangan, jauh lebih murah daripada yang dijual di negara lain.
“Kami menjangkakan setiap pelancong asing yang datang ke Malaysia akan membelanjakan purata RM2,700 tahun ini. Bayangkan, jika seorang daripada mereka membeli jam tangan atau barangan kemas bernilai RM270,000, ini bersamaan dengan (perbelanjaan) 100 pelancong.

“Jika mereka (pelancong berada) boleh datang untuk membeli barangan mewah pada harga lebih murah daripada di negara lain di rantau ini, mereka juga boleh melakukan banyak aktiviti lain jika menginap di hotel di sini,” katanya pada sidang akhbar mengenai program “A Journey Through Time II”, di sini.

Starhill Gallery dengan kerjasama Tourism Malaysia akan menganjurkan “A Journey Through Time II”, pameran jam tangan dan barangan kemas terbesar di Asia di galeri itu dari 4-14 Dis tahun ini.

Azalina berkata kerajaan akan menyokong sebarang usaha oleh sektor swasta untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pilihan bagi pembelian produk mewah.

Pengarah Urusan Kumpulan YTL Corporation Bhd Tan Sri Dr Francis Yeoh berkata pameran itu dijangka akan menarik 70,000 pelawat dari dalam dan luar negara.

“Tahun lepas merupakan tahun pertama yang berjaya bagi ‘A Journey Through Time’ yang menarik lebih 35,000 pelawat. Ini, saya percaya, membuktikan Malaysia sebagai destinasi utama untuk mendapatkan jam tangan dan barangan kemas mewah di Asia.

“Acara berprestij pada hujung tahun ini akan menjana lebih banyak faedah ekonomi kerana ia turut memberi manfaat kepada pasaran hospitaliti dan MICE (Mesyuarat, Insentif, Konvensyen dan Pameran)” katanya.

Entry filed under: Dato Sri Azalina Othman Said. Tags: , , , , .

Zoom Ramadhan Pengerang 2008 Dapat Pujian Azalina HOMESTAY BUKAN PRODUK KEKAMPUNGAN – AZALINA

3 Comments Add your own

  • 1. Jennifer  |  September 19, 2008 at 5:29 am

    The Journey Through Time II. I belief this event will definitely attraction tourist from around the world. I live in Australia. Every year I travelled to Malaysia to do my shopping. What Francis Yeoh said was so true that all my watches I purchased were in Malaysia Tag Boutique, Omega. Hour Glass. price tag is cheap. I just love it.

    Keep it up with the journey through time. I support the programs.

    Reply
  • 2. biarputih tulang...  |  September 19, 2008 at 6:59 am

    what actually have been done by the ministry and tourism .malaysia to really attract high yield and huge spender tourists to Malaysia. The normal trade shows participated by the Ministry and Tourism Malaysia or the promotional activities done can hardly penetrate the exclusive and big spenders. Come on guys….. lets THINK BIG

    Reply
  • 3. dimsum  |  September 19, 2008 at 7:12 am

    Why there is not much exhibition of intl standard being held or organised in Malaysia. If we evaluate and analyse the calendar of events of the exhibition n convention centres in Malaysia, there are a lot of vacant dates. I’ve visited the calendar of events for S’pore, Hong Kong, Beijing, Shanghai and Melbourne. They seemed to be very busy with so many or like non-stop events. Can the Ministry do something about this ? Beside to get the tourism revenue, good hotel occupancy, etc. we can also create more job/business opportunities.

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

September 2008
M T W T F S S
« Aug   Oct »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: