Walaupun Kepenatan, Azalina Tetap Tidak Hampakan Penduduk

September 16, 2008 at 4:18 am Leave a comment

BANDAR PENAWAR: Walaupun sibuk dengan tugas-tugas sebagai Menteri Pelancongan, tetapi itu tidak pernah menjadi batu penghalang untuk beliau mengabaikan tanggungjawabny a untuk menjengah dan bertanya khabar sambil menyelami kesusahan rakyat di parlimennya.

Dan, itulah sebenarnya sifat yang terpuji yang ada pada Ahli Parlimen Pengerang, Dato’ Sri Azalina Dato Othman Said. Buktinya, hanya kerana undangan berbuka puasa dan juga program moreh beliau sanggup meredah kepenatan ekoran memenuhi jadual kementerian yang begitu padat sebelum itu, semata-mata untuk bersama rakyatnya di Pengerang.

Program pertama, cuti hujung minggunya pada minggu ini iaitu pada jumaat malam, 12 september iaitu majlis berbuka puasa dan solat terawih di Masjid Semenchu.

Azalina yang turut diiringi seramai 15 kakitangan dari Pejabat Menteri, Kementerian Pelancongan dan 20 pengawai dari Pejabat Parlimen telah tiba di perkarangan masjid tersebut lebih kurang jam 6.00 petang.

Sebelum berbuka puasa, menteri muda yang bakal bergelar sebagai ketua Umno Pengerang itu juga turut duberikan penghormatan untuk menyampaikan ucapannya. Dalam ucapan tersebut, Azalina turut melahirkan rasa bangganya kerana bernaung dibawah payung pemerintahan kerajaan Umno.

Katanya, rakyat negara ini tidak harus berpaling tadah dengan memberikan sokongan kepada parti lain selain dari Umno. Padanya, jasa Umno tidak harus dilupakan kerana parti keramat orang melayu inilah yang berjaya menjadikan negara ini sebagai sebuah negara yang kaya, aman damai dan juga mengecapi erti sebuah kemerdekaan yang sejati.

Selain berkesempatan untuk berbuka puasa,menunaikan solat magrib, isyak dan juga sunat terawih bersama penduduk, kesemppatan yang sekelumit itu juga turut digunakan oleh Azalina untuk bertanyakan khabar serta penyelami segenap sudut masalah yang dialami oleh penduduk.

Sebaik sahaja selesai solat sunat terawih di masjid tersebut, Azalina dan rombongan terpaksa bergegas ke masjid Layau pula semata-mata untuk memenuhi undangan pihak terbabit. Sebaik sahaja sampai, para rombongan telah dihidangkan dengan beberapa juadah.

Setelkah hampir 20 minit menikmati juadah sambil bertanya khbar penduduk Felda Sungai Layau, Azalina dan rombongan terpaksa beredar kerana untuk memenuhi jemputan lain lagi.

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

20 Wartawan Taiwan Meriahkan Majlis Berbuka Kementerian Pelancongan Zoom Ramadhan Pengerang 2008 Dapat Pujian Azalina

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

September 2008
M T W T F S S
« Aug   Oct »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: