20 Wartawan Taiwan Meriahkan Majlis Berbuka Kementerian Pelancongan

September 12, 2008 at 1:41 am Leave a comment

azalina-perhimpunan-kpl

Azalina-Perhimpunan-kpl

11 September, Kuala Lumpur – Majlis Berbuka Puasa Kementerian Pelancongan hari ini diserikan dengan kehadiran sekumpulan 20 orang wartawan dari Taiwan yang diundang khas pihak kementerian bagi program penyesuaian MegaFam.

Kumpulan wartawan terbabit berada di Malaysia selama seminggu bermula 5 Sept lepas untuk merakam serta menulis tentang Melaka sebagai Tapak Warisan Dunia yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco).

Selain itu, mereka juga akan dibawa melawat Sabah dan Sarawak untuk merasai sendiri cara hidup masyarakat di sana melalui adat perkahwinan, makanan, sukan, program Malaysia Rumah Kedua Ku dan juga ekopelancongan.

Program MegaFam yang diperkenalkan pada tahun 2000 bertujuan membawa media dan agensi pelancongan asing melawat negara ini dan sehingga kini berjaya menarik lebih ramai pelancong asing berkunjung ke Malaysia.

Datuk Seri Azalina Othman Said turut meluangkan masa beramah mesra dengan kumpulan wartawan tersebut.

Beliau juga menyertai kakitangan kementerian menunaikan solat Maghrib dan tahlil.

Terdahulu Azalina menghadiri perhimpunan bulanan kementerian kira-kira setengah jam di Pusat Pelancongan Malaysia (MTC) di sini.

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: , , , , , .

Penggantungan Ahmad Demi Kepentingan Semua – Azalina Walaupun Kepenatan, Azalina Tetap Tidak Hampakan Penduduk

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

September 2008
M T W T F S S
« Aug   Oct »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: