Penggantungan Ahmad Demi Kepentingan Semua – Azalina

September 11, 2008 at 8:08 pm Leave a comment

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga Menteri Pelancongan Malaysia, Dato’ Sri Azalina Othman Said menyifatkan keputusan Majlis Tertinggi (MT) Umno mengantung keanggotaan Datuk Ahmad Ismail selama tiga tahun adalah demi kepentingan bersama.

Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira semua pendapat anggota MT selain mahu semua parti komponen yang lain memahami pendirian yang dibuat oleh Umno mengenai perkara itu.

“Kita perlu hormati keputusan yang diambil oleh pucuk pimpinan parti. Semua ahli Majlis Tertinggi diberikan peluang untuk menyuarakan pendapat. Akhirnya keputusan yang diambil mengira masa depan parti, bangsa dan negara.

“Saya ingin menyeru kepada ahli parti untuk menerima keputusan dengan baik. Cabaran terhadap parti dan bangsa masih perlu diselesaikan. Kita mahu menumpukan tenaga dalam usaha memperbaiki penerimaan masyarakat terhadap parti,”katanya.

Tambah beliau lagi, parti komponen yang lain perlu mengambil contoh keputusan yang dibuat oleh Umno kerana ia bukanlah merupakan satu perkara yang paling gemar dilakukan atau keputusan yang popular.

“Kalau sekiranya kita berpegang kepada konsep hormat-menghormati dan memahami bahawa kestabilan dan keharmonian kaum itu menjadi satu aspek yang kebelakangan ini semakin terjejas, maka parti-parti lain juga perlu menghormatinya dan kalau itu berlaku, ia tidak timbul masalah di peringkat akar umbi Umno,” katanya.

Penggantungan keanggotaan Ahmad, Ketua Umno Bukit Bendera itu telah dibuat dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno pada 10 september lalu berikutan kenyataan dan tindakan Ahmad yang telah menimbulkan keresahan dan bantahan daripada parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.

Pada satu ceramah 23 Ogos lepas dalam kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh, Ahmad didakwa menyebut bahawa masyarakat Cina adalah pendatang di negara ini dan tidak layak menuntut hak yang sama.

Kenyataan itu telah menimbulkan kemarahan pemimpin Gerakan dan MCA yang menuntut Ahmad meminta maaf secara terbuka tetapi Ahmad enggan berbuat demikian.

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: , , , .

Sambutan Ramadhan Tarik Pelancong 20 Wartawan Taiwan Meriahkan Majlis Berbuka Kementerian Pelancongan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

September 2008
M T W T F S S
« Aug   Oct »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: