Sambutan Ramadhan Tarik Pelancong

September 9, 2008 at 7:36 am 2 comments

KUALA LUMPUR – Kementerian pelancongan sedang merangka untuk menjadikan sambutan bulan Ramadan dan perayaan Aidilfitri sebagai produk pelancongan ibadah.

Menteri Pelancongan Malaysia Dato’ Sri Azalina Othman Said berkata, usaha tersebut bagi menarik kehadiran pelancong luar negara terutama dari negara-negara jiran. malah, perancangan tersebut juga merupakan satu strategi baru bagi menarik kehadiran pelancong sebagaimana pelancaran zoom ramadan dan pelancaran homestay yang dijalankan kementerian di masjid Bandar Penawar Pengerang, Johor.

“masyarakat selalu melihat sambutan keagamaan sebagai program peribadi tanpa melihat kapasitinya sebagai aspek pelancongan, dan saya sungguh tertarik dengan sambutan Thaipusam yang dijalankan di Batu Caves di mana ramai pelancong luar datang untuk beribadah sambil melancong di negara ini.”kata beliau pada sidang media Jualan Tahunan Berakhir 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra.

Tambah beliau lagi, Karnival Jualan Mega (MMSC) yang berakhir 1 sept lalu mencatatkan peningkatan sebanyak 24 peratus pada minggu pertama MMSC berbanding tahun lalu.

“ini menunjukkan bahawa rakyat malaysia kekal sebagai pembeli tertinggi dengan jumlah perbelanjaan di catatkan sebanyak AS$50.3 juta dalam minggu pertama walaupun keadaan ekonomi yang agak perlahan, namun dari segi perbelanjaan masih berlaku peningkatan,” katanya

.

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

KJMM Tetap Meningkat Walaupun Ekonomi Tidak Menentu- Azalina Penggantungan Ahmad Demi Kepentingan Semua – Azalina

2 Comments Add your own

  • 1. Raja Firdaus  |  September 12, 2008 at 1:30 am

    Alhamdulillah. Semoga keberkatan bulan Ramadhan ini membawa seribu erti, membuka pintu rezeki dan rahmat pada kita semua. Amin..🙂 Hidup

    Tourism Malaysia!!

    Reply
  • 2. Raja Firdaus  |  September 12, 2008 at 1:32 am

    Alhamdulillah… Semoga kehadiran bulan Ramadhan kali ini membawa seribu erti, membuka pintu rezeki dan rahmat pada kita semua… Insya-Allah.. Amin..

    Semoga Tourism Malaysia success!!!🙂

    Reply

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

September 2008
M T W T F S S
« Aug   Oct »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: