KJMM Tetap Meningkat Walaupun Ekonomi Tidak Menentu- Azalina

September 8, 2008 at 10:17 pm Leave a comment

KUALA LUMPUR, 8 Sept : Menteri Pelancongan, Dato Sri Azalina Othman Said menegaskan walaupun Karnival Jualan Mega Malaysia (KJMM) yang berakhir 1 September lalu mencatatkan pergerakan jualan yang agak perlahan, namun ia tetap menunjukkan meningkat.

Menurut Azalina,  rakyat Malaysia telah menjadi penyumbang terbesar kepada perkembangan tersebut dengan mencatat membelanjakan sebanyak RM171.02 juta sepanjang minggu pertama berlangsungnya KJMM.

Ketika bercakap kepada wartawan dalam sidang akhbar yang diadakan di pejabatnya, di Tingkat 36, Menara Dato’ On, PWTC  hari ini, Azalina turut menyifatkan ia sebagai satu perkembangan positif lebih-lebih lagi dalam situasi ekonomi yang tidak stabil seperti sekarang.

”Perbelanjaan domestik melebihi perbelanjaan yang dicatatkan oleh pelancong asing dan senario ini merupakan satu perkara biasa apabila rakyat tempatan berbelanja lebih daripada orang luar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Azalina, perbelanjaan yang berjaya dicatatkan oleh pelancong asing menerusi penggunaan kad kredit MasterCard ialah sebanyak RM17.34 juta dengan kekerapan 33,770 urusniaga.

Jelas beliau, daripada jumlah tersebut, pelancong dari Singapura mencatat perbelanjaan tertinggi dan diikuti oleh Indonesia, Australia, United Kingdom serta Amerika Syarikat.

“walaupun KJMM mencatatkan pergerakan jualan yang agak perlahan, namun, ia tetap meningkat dan ini satu perkembangan positif dalam situasi ekonomi yang tidak stabil.

”Berdasarkan laporan yang disediakan oleh MasterCard, aktiviti jualan meningkat sebanyak 24 peratus pada minggu pertama karnival diadakan. Walaupun pergerakannya perlahan tetapi ia tetap meningkat berbanding tahun lalu,” ujarnya.

Azalina memberitahu, setelah KJMM berakhir, pihaknya kini mensasarkan pula kepada Jualan Akhir Tahun yang akan bermula 29 November ini hingga 4 Januari tahun depan.

Tambahnya, Jualan Akhir Tahun itu juga bakal dikenali sebagai Jualan Jimat Tahunan apabila para pelancong asing dan tempatan bakal menikmati tawaran harga barangan yang lebih murah dan berkualiti.

”Kita mampu berbuat demikian kerana kadar sewa kita yang rendah dan Malaysia merupakan antara negara yang menawarkan harga barangan yang termurah di dunia,” jelas beliau.

Entry filed under: JejakAzalina. Tags: .

Khabar angin jejas kedatangan pelancong Sambutan Ramadhan Tarik Pelancong

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Kami Amat Menghargai

Kalendar Jejak

September 2008
M T W T F S S
« Aug   Oct »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Pautan

Feeds


%d bloggers like this: